Dalil Mengapa Abdullah Ahmad Badawi Tidak Layak Jadi PM

June 21, 2008 at 10:33 am Leave a comment

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri meminta diberikan 20 dalil mengapa Abdullah perlu berhenti jadi PM sebagaimana disiarkan oleh KLpos seperti dibawah.

“Beri 20 dalil mengapa Abdullah perlu berhenti” Mufti Perlis Cetak E-mail
Oleh Zieman, Mstar   
Sabtu, 21 Jun 2008
MUFTI Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyarankankan agar mereka yang tidak puas hati dengan Datuk Seri Abdullah Badawi agar senaraikan masalah yang timbul dari kepimpinannya dan beri ruang untuk beliau mengatasinya.”Jangan sibuk timbulkan isu tidak percaya kepada kepemimpinannya. Bertanya dulu siapa calon yang hendak dilantik dan bukan soalkan siapa yang hendak ditumbangkan. Takut nanti penggantinya lebih buruk.

“Adakah penggantinya lebih baik darinya? Kalau tidak nanti, takut keluar mulut harimau, masuk mulut buaya,” kata beliau kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau mengesyorkan agar disenaraikan dulu 20 dalil kenapa Pak Lah perlu berhenti dan 20 dalil bagi membuktikan penggantinya lebih baik dan bukan sekadar menukar orang sahaja.

*************************************

Dibawah ini saya masukkan beberapa dalil yang disiarkan oleh Malaysia Today beberapa ketika dulu. Kesemuanya 70 dalil mengapa Abdullah patut berhenti jadi PM.

**********

Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia, jelas kelihatan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita yang kelima tidak menunjukkan kebolehan atau prestasi yang baik untuk memajukan negara kita dan semua bangsa Malaysia. Juga dalam tiga tahun yang kesudahan ini kita melihat Pak Lah bertukar wajah daripada imej “Mr Clean” menjadi “Mr Very Dirty”.

Bab terkini dalam riwayatnya memperlihatkan Pak Lah mengaku dengan terang bahawa anak dan ahli keluarganya boleh menelan kekayaan negara dan hak rakyat sebab kononnya ‘dulu anak orang lain pun buat macam itu juga’. Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam keadaan sesak, ketegangan perkauman makin meningkat, dasar luar negara kabur dan Malaysia dipandang rendah oleh banyak negara. 70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara telah ditulis oleh seorang Ahli Umno darinegeri Kedah. Walaupun Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid berpura-pura menyokong Pak Lah atas alasan menjaga periuk nasi beriani beliau, maklumbalas daripada akar umbi di Kedah amat berputus asa dan menyesali kepimpinan Pak Lah sebagai presiden parti dan Perdana Menteri. 70 Dalil ini adalah rakaman sedikit sahaja daripada rintihan ahli Umno bukan sahaja di negeri Kedah tetapi di seluruh negara.

70 Dalil ini akan disiarkan dalam sepuluh bahagian.

1. Dato Seri Abdullah Badawi atau Pak Lah adalah seorang individu yang tidak minat membaca. Kerana itu pengetahuannya mengenai sebarang isu sangat terhad. Pak Lah juga menghadapi masalah selalu terlena sewaktu mesyuarat dan majlis.Mengikut blogger Sang Kelembai, Pak Lah pernah terlena sewaktu menghadiri perasmian Tilawah Al Quran bersama DYMM Yang Di Pertuan Agong.

2. Apabila pengetahuannya terhad maka asas pertimbangannya tidak konsisten dan mengakibatkan kelemahan dalam memutuskan perkara penting dan kritikal. Masalah peribadi Perdana Menteri yang selalu terlena atau tidur sewaktu menjalankan tugas bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan negara tetapi juga memaksa para Menteri cari jalan pintas untuk mendapat perhatian Perdana Menteri. Maka wujudlah taktik ‘getting the PM’s signature on his way out’ iaitu meminta Perdana Menteri menandatangani sesuatu dokumen bila beliau sedang berangkat keluar dari mesyuarat. Pak Lah sanggup menandatangani dokumen tanpa membacanya dengan teliti. Contohnya beliau boleh menandatangani dokumen menyokongsyarikat keluarga sendiri mendapat kontrak ‘Oil For Food’ tanpa disedarinya. Beliau kemudian boleh mengaku tanpa sebarang segan silu bahawa ‘saya pernah menandatangani banyak surat sokongan’.

3. Disebabkan kelemahan tidak tahu-menahu apa pun, beliau terpaksa bergantung kepada nasihatorang yang beliau senangi iaitu ahli keluarga dan kenalannya. Di sinilah timbul peranan anak, menantu dan beberapa orang lain. Masalahnya mereka ini semua tidak selalunya mementingkan kebaikan negara Malaysia, orang Melayu atau parti Umno.

4. Kelemahan ini menyebabkan beliau mudah terpengaruh dengan ahli keluarga dan penasihatyang terdekat itu. Urusan negara dan urusan Kerajaan sudah bertukar menjadi urusan keluarga.

5. Selain daripada penasihat ‘tidak rasmi’ daripada kalangan ahli keluarga dan sahabat tertentuPak Lah sebagai Perdana Menteri tidak melantik Penasihat Rasmi di Jabatan Perdana Menteri atau di Kementerian Kewangan. Kecuali Penasihat Agama yang telah mencetuskan idea Islam Hadhari yang tidak bermakna itu, Pak Lah tidak melantik sebarang Penasihat Ekonomi, Penasihat Sains, Penasihat Kewangan atau Penasihat lain yang boleh memberi nasihat secara rasmi kepada Perdana Menteri untuk membantu beliau menimbang keputusan penting.

6. Peranan Penasihat Rasmi pernah menjadi ‘check and balance’ di mana Penasihat Rasmibertanggungjawab menyemak dan mengesahkan semua maklumat dan pendapat untuk memastikan sama ada sesuatu keputusan itu selaras dengan dasar Kerajaan atau tidak – sebelum memberi nasihat secara bertulis kepada Perdana Menteri.

7. Sebaliknya penasihat ‘tidak rasmi’ seperti anak, menantu dan sahabat tertentu tidak terikat dengan sebarang pertanggungjawaban atau ‘accountability’seperti ini. Tanpa memegang jawatan rasmi mereka boleh memberi nasihat tanpa mengambilkira kesannya. Kerjaya dan jawatan mereka tidak terjejas kerana mereka bukannya penasihat rasmi kepada Perdana Menteri. Hasilnya nasihat mereka tidak teratur dan sering tidak mengambilkira kepentingan negara. Sebaliknya nasihat mereka lebih mengambilkira kepentingan keluarga Perdana Menteri dan kroninya. Inilah antara sebabnya Perdana Menteri membuat keputusan yang tidak tegas, kontroversi dan boleh berubah-ubah.

8. Maka apabila terjadi keputusan kontroversi beliau sering berkata, “Saya tidak tahu, Saya tidak pasti atau Saya tidak sedar” dan alasan lain. Sebabnya ialah keputusan itu memang bukan hasil pemikiran beliau tetapi adalah nasihat daripada penasihat ‘tidak rasmi’ yang tidak mempunyai tanggungjawab atau ‘official responsibility’.

9. Dalam banyak hal pula orang yang menasihatkan beliau itu mempunyai kepentingan sendiri pula. Ini sering menimbulkan implikasi yang tidak baik yang mengundang kontroversi. Ini juga mengakibatkan ‘Poor ability of judgement’ bagi Pak Lah membuat sebarang keputusan.

10. ‘Poor ability of judgement’ ini juga menyebabkan beliau tidak dapat menentukan haluan atau ‘specific direction’ dalam mentadbir Kerajaan dan kurang wawasan untuk menentukan dasar yang terbaik bagi negara.Jentera Kerajaan hilang kawalan.

SILA BACA 60 Dalil Seterusnya di SINI ( MUATURUN )
http://www.malaysia-today.net/ebook/70dalil_sm.pdf

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

PM tetap akan berhadapan usul undi tidak percaya – Setiausaha Agung PAS Akuan Bersumpah Raja Petra Kamarudin pasal Kes Altantuya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


RENUNGAN

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)

VISITOR’S ONLINE

page counter

BILANGAN PELAWAT

  • 16,324 hits

Top Posts

  • None

POST TERKINI

POST TERDAHULU


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.