Archive for June, 2008

Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) – Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar.

Image Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan ‘perhubungan mesra’ Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato’ Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen.

Image Jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar bermula selepas Pilihan Raya Umum Mac lepas, kemungkinan gambarnya bersama Khairil baru sahaja dirakam iaitu pada sidang parlimen sebulan yang lalu.

Daripada gambar-gambar yang diedarkan, mencetuskan persoalan apakah wujud satu lagi teori konspirasi membabitkan pihak tertinggi dalam negara, yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej politik Anwar Ibrahim.

Ianya juga jelas menunjukkan seolah-olahnya ianya suatu bentuk ‘retaliation’ pihak tertentu untuk menghalang kemaraan Anwar yang semakin hampir membentuk Kerajaan Pusat melalui Pakatan Rakyat.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Dalam kenyataannya awal pagi semalam, Anwar menegaskan:

Image “Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. .

Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan.

Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99.

Image Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya.

Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian. (Anwar Ibrahim, 29 Jun, Shah Alam)

Sementara itu Anwar dilaporkan sedang berlindung di Kedutaan Turki kerana ancaman bunuh yang diterima beliau.

Hari ini Parti KeADILan Rakyat akan menganjurkan perhimpunan solidariti di Bangunan Parlimen pada jam 1 tengahari.

June 30, 2008 at 11:45 am Leave a comment

Ezam ! Buktikan sumpah anda…

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor ketika berceramah di Kuala Terengganu baru-baru ini bersumpah dengan nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana ‘prinsip seorang Muslim. Beliau sedia untuk ‘all-out’ bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ‘atas sebab-sebab tertentu’.

“Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya,” kata Ezam.  Dalam ceramah itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

“Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,” sumpah Ezam.

Kenyataan Ezam ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim (DSAI) tidak layak dan wajib dihalang daripada menjadi PM kerana DSAI tidak layak menjadi PM atas prinsip Islam.

Sebagai seorang Islam dan telah bersumpah dengan nama ALLAH yang esa, Ezam WAJIB menjelaskan kepada rakyat Malaysia apakah “prinsip seorang muslim” yang memerlukan beliau menghalang DSAI daripada menjadi Perdana Menteri. Ezam juga wajib menjelaskan apakah dosa-dosa atau cara politik DSAI atau “sebab-sebab tertentu” sehingga menyebabkan beliau tidak layak menjadi PM atau boleh menghancurkan negara.

Bagi saya Ezam adalah BERDOSA jika tidak mendedahkan kepada rakyat kenapa DSAI tidak layak menjadi PM. Saya percaya jika Ezam mendedahkan sebab2nya dan jika  terbukti benar apa yang dikemukakan Ezam, TG Nik Aziz & TG Hj Hadi sendiri akan mengisytiharkan PAS tidak lagi akan menyokong DSAI menjadi PM disebabkan prinsip2 Islam yang dikatakan oleh Ezam.

Ezam tidak boleh menggertak sahaja atau jika dicabar baru hendak dedahkan kepada umum. Ini sudah menjadi kewajipan Ezam, berdosa jika Ezam menyembunyikan kebenaran, jika apa yang disembunyikan itu boleh menyebabkan kerosakan kepada agama dan negara. Ezam tidak perlu tunggu berada di dalam UMNO untuk mendedahkan kebenaran yang diperkatakannya itu.

Tetapi Ezam perlu ingat, apa yang diperkatakannya hendaklah benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar2 belaka. Jika tidak Ezam sebenarnya adalah seorang yang FASIK sebagaimana ayat berikut :

 Jika datang kepada kamu seorang yang FASIK membawa sesuatu berita, hendaklah kamu selidik terlebih dahulu, semoga kamu tidak menghukum sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu (atas perkara yang disampaikan itu)”

Pesanan untuk Ezam, jadilah muslim yang baik. Jangan mereka2 cerita jika tiada (FASIK) disebabkan kepentingan politik. Kita juga menunggu2 kebenaran fail rasuah yang berkotak2 yang dikatakan Ezam ketika dengan PKR & GERAK. Adakah kebenaran itu sudah tiada? Atau Ezam BOHONG pasal kotak2 rasuah UMNO/BN itu disebabkan ketika itu berada dalam PKR? Adakah Ezam boleh dipercayai atau memang Ezam seorang yang FASIK? Dalam PKR lain, dalam UMNO semula lain?

Kebenaran tetap kebenaran tidak kira Ezam berada dimana, PKR @ UMNO.

June 23, 2008 at 2:47 pm Leave a comment

Sokong bawa rebah MP BN

 

Usul itu akan dibawa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad sebaik selesai sesi soal jawab.

Perdana Menteri berkata, adalah menjadi harapan beliau agar wakil rakyat BN dapat melaksanakan tugas dengan baik memandangkan penjelasan serta taklimat mengenainya telah diberikan sebelum ini.

Beliau turut mengingatkan dua anggota Majlis Tertinggi (MT) SAPP iaitu Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) agar mematuhi disiplin parti sepanjang sidang termasuk menyokong apa yang diusulkan oleh BN.

”Saya harap mereka tidak mengundi yang sebaliknya tetapi menyokong.

”Ini sebenarnya bukan harapan tetapi menjadi satu disiplin parti,” tegas beliau.

Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada taklimat khas mengenai penstrukturan subsidi kepada Ahli Parlimen BN di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini hari ini.

Taklimat yang berlangsung lebih tiga jam itu turut dihadiri Ahli Dewan Negara, anggota Kabinet dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A. Aziz; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Dr. Ng Yen Yen; Shahrir Samad dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Rabu lepas, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti komponen BN itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah dan wakil rakyat SAPP bersedia menyokong sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

SAPP mempunyai dua wakil rakyat di Dewan Rakyat iaitu Soon Bui dan Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Abdullah memberitahu, usul berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak dan barangan itu bertujuan membincangkan perkara itu dan mencari jalan untuk menanganinya.

”Saya tidak mahu beritahu apakah bentuk usul itu kerana ia hanya akan dibacakan esok bila tiba masanya tetapi usul ini sudah semestinya ada hubung kait dengan kenaikan harga minyak dan barangan,” jelas beliau.

Abdulllah berkata, usul tersebut akan mengambil masa yang agak panjang dan kerajaan bersedia membincangkannya sehari suntuk bagi memberi kesempatan kepada wakil-wakil rakyat membahaskannya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu, sesi perbahasan tersebut tidak akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Sementara itu, Najib ketika bercakap mengenai isu SAPP turut meminta agar kedua-dua wakil rakyat parti tersebut mematuhi disiplin.

Tegasnya, anggota BN dikehendaki atau diwajibkan menyokong usul kerajaan melainkan mereka diberitahu sebaliknya.

”Ini prinsip BN, saya telah menegaskan perkara ini dalam perjumpaan ini jadi semua anggota faham apa yang diberitahu kepada mereka.

”Ini bukan amaran tetapi disiplin parti, jadi kena faham-fahamlah,” tegasnya.

June 23, 2008 at 12:02 pm Leave a comment

Akuan Bersumpah Raja Petra Kamarudin pasal Kes Altantuya

Akuan Bersumpah Raja Petra

June 23, 2008 at 9:55 am Leave a comment

Dalil Mengapa Abdullah Ahmad Badawi Tidak Layak Jadi PM

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri meminta diberikan 20 dalil mengapa Abdullah perlu berhenti jadi PM sebagaimana disiarkan oleh KLpos seperti dibawah.

“Beri 20 dalil mengapa Abdullah perlu berhenti” Mufti Perlis Cetak E-mail
Oleh Zieman, Mstar   
Sabtu, 21 Jun 2008
MUFTI Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyarankankan agar mereka yang tidak puas hati dengan Datuk Seri Abdullah Badawi agar senaraikan masalah yang timbul dari kepimpinannya dan beri ruang untuk beliau mengatasinya.”Jangan sibuk timbulkan isu tidak percaya kepada kepemimpinannya. Bertanya dulu siapa calon yang hendak dilantik dan bukan soalkan siapa yang hendak ditumbangkan. Takut nanti penggantinya lebih buruk.

“Adakah penggantinya lebih baik darinya? Kalau tidak nanti, takut keluar mulut harimau, masuk mulut buaya,” kata beliau kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau mengesyorkan agar disenaraikan dulu 20 dalil kenapa Pak Lah perlu berhenti dan 20 dalil bagi membuktikan penggantinya lebih baik dan bukan sekadar menukar orang sahaja.

*************************************

Dibawah ini saya masukkan beberapa dalil yang disiarkan oleh Malaysia Today beberapa ketika dulu. Kesemuanya 70 dalil mengapa Abdullah patut berhenti jadi PM.

**********

Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia, jelas kelihatan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita yang kelima tidak menunjukkan kebolehan atau prestasi yang baik untuk memajukan negara kita dan semua bangsa Malaysia. Juga dalam tiga tahun yang kesudahan ini kita melihat Pak Lah bertukar wajah daripada imej “Mr Clean” menjadi “Mr Very Dirty”.

Bab terkini dalam riwayatnya memperlihatkan Pak Lah mengaku dengan terang bahawa anak dan ahli keluarganya boleh menelan kekayaan negara dan hak rakyat sebab kononnya ‘dulu anak orang lain pun buat macam itu juga’. Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam keadaan sesak, ketegangan perkauman makin meningkat, dasar luar negara kabur dan Malaysia dipandang rendah oleh banyak negara. 70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara telah ditulis oleh seorang Ahli Umno darinegeri Kedah. Walaupun Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid berpura-pura menyokong Pak Lah atas alasan menjaga periuk nasi beriani beliau, maklumbalas daripada akar umbi di Kedah amat berputus asa dan menyesali kepimpinan Pak Lah sebagai presiden parti dan Perdana Menteri. 70 Dalil ini adalah rakaman sedikit sahaja daripada rintihan ahli Umno bukan sahaja di negeri Kedah tetapi di seluruh negara.

70 Dalil ini akan disiarkan dalam sepuluh bahagian.

1. Dato Seri Abdullah Badawi atau Pak Lah adalah seorang individu yang tidak minat membaca. Kerana itu pengetahuannya mengenai sebarang isu sangat terhad. Pak Lah juga menghadapi masalah selalu terlena sewaktu mesyuarat dan majlis.Mengikut blogger Sang Kelembai, Pak Lah pernah terlena sewaktu menghadiri perasmian Tilawah Al Quran bersama DYMM Yang Di Pertuan Agong.

2. Apabila pengetahuannya terhad maka asas pertimbangannya tidak konsisten dan mengakibatkan kelemahan dalam memutuskan perkara penting dan kritikal. Masalah peribadi Perdana Menteri yang selalu terlena atau tidur sewaktu menjalankan tugas bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan negara tetapi juga memaksa para Menteri cari jalan pintas untuk mendapat perhatian Perdana Menteri. Maka wujudlah taktik ‘getting the PM’s signature on his way out’ iaitu meminta Perdana Menteri menandatangani sesuatu dokumen bila beliau sedang berangkat keluar dari mesyuarat. Pak Lah sanggup menandatangani dokumen tanpa membacanya dengan teliti. Contohnya beliau boleh menandatangani dokumen menyokongsyarikat keluarga sendiri mendapat kontrak ‘Oil For Food’ tanpa disedarinya. Beliau kemudian boleh mengaku tanpa sebarang segan silu bahawa ‘saya pernah menandatangani banyak surat sokongan’.

3. Disebabkan kelemahan tidak tahu-menahu apa pun, beliau terpaksa bergantung kepada nasihatorang yang beliau senangi iaitu ahli keluarga dan kenalannya. Di sinilah timbul peranan anak, menantu dan beberapa orang lain. Masalahnya mereka ini semua tidak selalunya mementingkan kebaikan negara Malaysia, orang Melayu atau parti Umno.

4. Kelemahan ini menyebabkan beliau mudah terpengaruh dengan ahli keluarga dan penasihatyang terdekat itu. Urusan negara dan urusan Kerajaan sudah bertukar menjadi urusan keluarga.

5. Selain daripada penasihat ‘tidak rasmi’ daripada kalangan ahli keluarga dan sahabat tertentuPak Lah sebagai Perdana Menteri tidak melantik Penasihat Rasmi di Jabatan Perdana Menteri atau di Kementerian Kewangan. Kecuali Penasihat Agama yang telah mencetuskan idea Islam Hadhari yang tidak bermakna itu, Pak Lah tidak melantik sebarang Penasihat Ekonomi, Penasihat Sains, Penasihat Kewangan atau Penasihat lain yang boleh memberi nasihat secara rasmi kepada Perdana Menteri untuk membantu beliau menimbang keputusan penting.

6. Peranan Penasihat Rasmi pernah menjadi ‘check and balance’ di mana Penasihat Rasmibertanggungjawab menyemak dan mengesahkan semua maklumat dan pendapat untuk memastikan sama ada sesuatu keputusan itu selaras dengan dasar Kerajaan atau tidak – sebelum memberi nasihat secara bertulis kepada Perdana Menteri.

7. Sebaliknya penasihat ‘tidak rasmi’ seperti anak, menantu dan sahabat tertentu tidak terikat dengan sebarang pertanggungjawaban atau ‘accountability’seperti ini. Tanpa memegang jawatan rasmi mereka boleh memberi nasihat tanpa mengambilkira kesannya. Kerjaya dan jawatan mereka tidak terjejas kerana mereka bukannya penasihat rasmi kepada Perdana Menteri. Hasilnya nasihat mereka tidak teratur dan sering tidak mengambilkira kepentingan negara. Sebaliknya nasihat mereka lebih mengambilkira kepentingan keluarga Perdana Menteri dan kroninya. Inilah antara sebabnya Perdana Menteri membuat keputusan yang tidak tegas, kontroversi dan boleh berubah-ubah.

8. Maka apabila terjadi keputusan kontroversi beliau sering berkata, “Saya tidak tahu, Saya tidak pasti atau Saya tidak sedar” dan alasan lain. Sebabnya ialah keputusan itu memang bukan hasil pemikiran beliau tetapi adalah nasihat daripada penasihat ‘tidak rasmi’ yang tidak mempunyai tanggungjawab atau ‘official responsibility’.

9. Dalam banyak hal pula orang yang menasihatkan beliau itu mempunyai kepentingan sendiri pula. Ini sering menimbulkan implikasi yang tidak baik yang mengundang kontroversi. Ini juga mengakibatkan ‘Poor ability of judgement’ bagi Pak Lah membuat sebarang keputusan.

10. ‘Poor ability of judgement’ ini juga menyebabkan beliau tidak dapat menentukan haluan atau ‘specific direction’ dalam mentadbir Kerajaan dan kurang wawasan untuk menentukan dasar yang terbaik bagi negara.Jentera Kerajaan hilang kawalan.

SILA BACA 60 Dalil Seterusnya di SINI ( MUATURUN )
http://www.malaysia-today.net/ebook/70dalil_sm.pdf

June 21, 2008 at 10:33 am Leave a comment

PM tetap akan berhadapan usul undi tidak percaya – Setiausaha Agung PAS

 
Azamin Amin
Fri | Jun 20, 08 | 11:03:10 am MYT
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) – Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tetap akan dibawa ke Dewan Rakyat meskipun tidak akan dibentangkan pada hari Isnin seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. <!–

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar berkata pihaknya menafikan ada dakwaan usul bakal dibuat pada hari tersebut namun semua parti komponen Pakatan Rakyat termasuk daripada PAS, KeADILan dan DAP akan hanya berbuat demikian pada masa yang difikirkan sesuai.

“Hari Isnin ini ‘sah’ tidak ada tetapi selepas hari itu atau pada-pada bila-bila masa kita pasti akan bentangkan usul tersebut.

“Ya…pada tahun ini kita akan usulkan undi tidak percaya setelah berbincang dan mendapat persetujuan sepakat dengan semua parti komponen Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily bagi mendapat reaksi segara berhubung isu terbabit.

Beliau merupakan ahli Parlimen berpengalaman turut menjelaskan sesuatu usul seperti undi tidak percaya perlulah diberikan notis awal terlebih dahulu kepada Parlimen dan tidak boleh dikategorikan sebagai usul tergempar yang boleh diberi notis selama 24 jam.

Dalam pada itu itu, beliau menyatakan pandangan senario terkini merupakan antara kemuncak krisis ketidak-percayaan rakyat terhadap kepimpinan Abdullah yang selama ini dilihat lemah dan tidak sensiritif kepada masalah yang menghimpit rakyat.

Katanya undi tidak percaya parti kompenen Barisan Nasional(BN) seperti Parti Maju Sabah (SAPP) merupakan permulaan yang penting dalam mencorakkan politik negara yang dilihat terumbang-ambing pasca 8 Mac lalu.

“Selepas 100 hari Abdullah dilihat makin lemah dan tidak berupaya untuk mengurus tadbir negara dengan baik khususnya dalam hal ehwal kewangan dan ekonomi yang juga berkait rapat dengan krisis kenaikan harga minyak.

“Ini tidak termasuk kucar-kacir dan pecah-belah yang berlaku pada Umno yang tidak memungkinnya menjadi parti contoh dalam komponen BN dan kepada negara amnya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Justeru tindakan yang diambil oleh SAPP dianggap tepat dan wajar dicontohi oleh parti-parti komponen BN yang lain.

Ia penting demi mengolahkan kembali ekonomi dan politik negara ke arah masa depan yang lebih terjamin dan memberi manfaat kepada rakyat khususnya, kata Kamarudin./wann

June 20, 2008 at 11:40 am Leave a comment

BN tidak boleh bertindak membelakangi YDP Agong

Tarmizi Mohd Jam
Fri | Jun 20, 08 | 10:05:12 am MYT
(Harakah)
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) – Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengingatkan parti-parti politik supaya tidak bertindak membuta tuli dalam menghadapi kemelut politik negara dengan membubarkan Parlimen atau mengisytiharkan darurat. <!–

Beliau menegaskan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan yang sangat penting di dalam mententeramkan keadaan politik yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan apa yang akan berlaku, selepas Parti Maju Sabah (SAPP) yang dipimpin Dato’ Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya akan membawa atau menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan.

Ekoran tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, pelbagai spekulasi telah timbul. Ini termasuklah tindakan mengadakan pilihan raya mengejut oleh BN untuk menyelamatkan dirinya.

Selain itu, tegas beliau, ada yang bimbang bahawa perisytiharan darurat akan dibuat bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan BN melalui undi tidak percaya di parlimen.

“Oleh kerana kemungkinan-kemungkinan itulah maka Perlembagaan secara idealnya memberi ruang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak bebas dari nasihat atau pengaruh kerajaan yang memerintah,” tegas Aziz.

Beliau yang juga pakar Perlembagaan, mengingatkan bahawa kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan tidak harus disamakan dengan cop getah yang perlu melaksanakan apa sahaja yang diminta oleh kerajaan.

“Raja berperlembagaan sebenarnya lebih merujuk kepada seorang raja yang bertindak selaras dengan tuntutan dan semangat demokrasi bukan mengikut nasihat membuta tuli”, tambah beliau.

Mengenai pilihan raya mengejut Aziz berkata ia hanya boleh dilakukan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan dengan permohonan Perdana Menteri untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Aziz berkata di bawah Perlembagaan kuasa itu adalah kuasa baginda dan Perdana Menteri tidak boleh memaksa Yang di-Pertuan Agong. “Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah kuasa budibicara Yang di-Pertuan Agong,” tambahnya lagi.

Dua minggu lalu Aziz berkata bahawa di dalam senario sekarang adalah tidak wajar untuk Yang di-Pertuan Agong membubarkan dewan bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

Beliau menjelaskan, meskipun kuasa itu kuasa budibicara baginda diberi tanggungjawab untuk menilai keadaan dan mempastikan bahawa kepentingan negara dan rakyat mengatasi segala-galanya.

“Inilah sebabnya mengapa Suruhanjaya Reid meminta Yang di-Pertuan Agong melihat pengalaman negara-negara Komanwel yang lain,” tegas beliau.

Aziz menjelaskan di dalam keadaan sekarang pembubaran dewan adalah tidak perlu kerana dua sebab.

“Yang pertama kita sudah mendengar hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya di parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong mesti menunggu sehingga usul itu dikemukakan dan melihat hasilnya. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan membubarkan dewan maka baginda akan dilihat menyebelahi kepentingan Barisan Nasional dan ini tidak selaras dengan ideal Perlembagaan yang mahukan baginda bebas dari politik dan melindungi proses Perlembagaan,” tegas Aziz.

Sebab yang kedua, bahasnya, wujudnya potensi pembentukan kerajaan baru tanpa melalui pilihan raya. Beliau menjelaskan sama ada melalui undi tidak percaya atau lompat parti, sebuah kerajaan baru sebenarnya boleh dibentuk.

“Cara ini jelas lebih murah dan lebih menjimatkan masa. Lagipun pilihan raya baru sahaja diadakan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Aziz berasa ragu sekiranya pilihan raya adalah satu pilihan yang sesuai ekoran kenaikan harga minyak kerana isu itu menyebabkan kerajaan yang memerintah sekarang tidak lagi popular.

Mengenai pemerintahan darurat di bawah Perkara 150, Aziz berkata ia adalah tidak baik kerana krisis politik yang ada sekarang boleh ditangani melalui proses dan prosedur biasa yakni undi tidak percaya dan seterusnya.

“Dalam soal ini Yang di-Pertuan Agong mesti menolak nasihat untuk mengisytiharkan darurat kerana ia akan menyebabkan Perlembagaan digantung dan kerajaan yang ada diberi kuasa untuk membuat undang-undang tanpa ke parlimen. Ini berbahaya”, tegas Aziz. – mr _

June 20, 2008 at 11:35 am Leave a comment

Kerajaan Tidak Berlaku Jujur Di dalam Soal Subsidi Bahan Bakar

Post di bawah ini daripada e-mail yang dihantar kepada Abufaiz70 (AF70’s) pagi ini. MUngkin telah ada dalam mana-mana blog. Dipost semula untuk berkongsi dengan pembaca sekalian.
*************
Kerajaan mendakwa terpaksa membelanjakan hampir RM40 Billion untuk menampung subsidi bahan bakar. Ini adalah sebenarnya satu dusta ataupun, satu cubaan oleh kerajaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia.

Hakikatnya adalah,

• Kerajaan tidak menanggung satu senpun untuk subsidi bahan bakar.
• Subsidi bahan bakar juga tidak termasuk dalam data perbelanjaan kerajaan.
• Subsidi bahan bakar sebenarnya tiada.
• Yang ada hanyalah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi tol, subsidi pengangkutan awam, subsidi bahan makanan dan lain-lain subsidi tetapi bukan untuk bahan bakar.

Oleh yang demikian, kenyataan berikut oleh Menteri Kewangan Ke Dua adalah tidak tepat dan bersifat cuba mengelirukan rakyat.

Data yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negara jelas tidak seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Ke Dua, Menteri-Menteri Kabinet, Abdullah Ahmad Badawi dan juga oleh Khairy Jamaluddin di Persidangan Agung UMNO 2007

KERAJAAN BOHONG!!!!!!!KERAJAAN TIPU RAKYAT!!!!!!!

 
#####
 
HAKIKAT KERAJAAN JANA KEMISKINAN

Sesetengah ahli ekonomi kurang yakin dengan memberi alasan bahawa, berdasarkan kuasa membeli yang ada kini, lebih banyak rakyat sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok “miskin”.

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan api.

“Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.

############
 
 

Menurut Laporan Perbendaharaan Negara dalam carta 4.3 Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan 2008, jumlah subsidi yang ditanggung Kerajaan pada tahun 2007 ialah RM12.1 billion iaitu 9.8% daripada RM124 Billion Perbelanjaan Mengurus Kerajaan. Manakala pada tahun 2008, jumlah subsidi yang diramal oleh kerajaan ialah RM10.1 Billion atau 7.9% daripada jumlah RM129 Billion peruntukan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan yang diluluskan dalam belanjawan 2008.

Ini jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan mengurus subsidi bahan bakar tidak pernah termasuk didalam perbelanjaan kerajaan kerana,

• Data perbelanjaan mengurus oleh Perbendaharaan menunjukkan jumlah yang lebih kecil dan tentu sekali tidak dapat menampung jumlah subsidi yang kononnya berjumlah RM40 Billion.
• Jumlah subsidi bahan bakar juga tidak termasuk di dalam data-data lain di dalam akaun kerajaan seperti yang tercatat di dalam laporan tahunan Perbendaharaan Negara.

Oleh yang demikian, dari manakah datangnya subsidi tersebut? Subsidi tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.

Bahan bakar yang diguna untuk keperluan domestik diperolehi menerusi,

• Mekanisme tukaran minyak mentah negara.
• 400 tong minyak mentah berkualiti “Tapis Blend” iaitu minyak mentah berkualiti paling tinggi di tukar di pasaran global dengan keperluan minyak mentah dalam negara.
• Minyak mentah ini setelah diproses kepada petrol dan diesel di jual kepada rakyat pada harga yang ditentukan oleh kerajaan.
• Kerajaan memperolehi “keuntungan” bersih (kerana kerajaan tidak membelanjakan apa-apa) dari cukai yang dibayar oleh Syarikat Petroleum, Stesen-stesen minyak dan lain-lain pembekal.

 
######
 
Benarkah Minyak Mentah Malaysia Hanya Untuk Beberapa Tahun Lagi?

Kebelakangan ini, rakyat diberitahu bahawa sumber petroleum Malaysia akan berakhir dan negara akan menjadi pengimport bersih (net importer) bahan bakar ini. Ini dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menaikan harga minyak dan seterusnya menarik “subsidi” bahan bakar bagi menyediakan rakyat dengan harga semasa bila negara mula mengimport minyak untuk kegunaan tempatan.

Bagaimanapun, Laporan Tahunan Petronas 2006 mencatatkan bahawa sumber minyak mentah Malaysia cukup sehingga tahun 2024.

Hassan Marican, Pemangku Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, pula menjelaskan kepada media bahawa pada tahun 2011 Malaysia akan menjadi net importer Petroleum kerana permintaan dalam negara akan melebihi keluaran minyak mentah negara. Ini bererti permintaan dalam negara akan melebihi 700 ribu tong sehari. Tetapi pada tahun 2011 dan seterusnya, negara akan masih mampu mengeluarkan 700 ribu tong minyak mentah sehari, itu tidak dinafikan oleh beliau.

Berdasarkan Laporan Tahunan Petronas semenjak 1980 melaporkan bahawa simpanan minyak mentah Malaysia semakin bertambah dan bukannya berkurang. Dalam tahun 1980. Dilaporkan bahawa simpanan minyak mentah Malaysia adalah sebanyak 3 billion tong, namun semenjak itu kita telah mengeluarkan lebih 4 billion tong dan hari ini kita hasih mengeluarkan sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari setiap hari selama 365 hari dan pada kadar ini boleh bertahan untuk 20 tahun lagi.

Sebenarnya, simpanan minyak mentah negara semakin bertambah dan bukannya berkurang. Pada tahun 2008, simpanan minyak mentah negara ialah 4 billion tong dan Malaysia berada di tempat ke 28 di dalam pemilik simpanan minyak terbesar dunia.


 
 
Minyak mentah Malaysia sebenarnya tidak akan kering dengan begitu cepat. Ini kerana Petronas, sebuah firma petroleum yang dimiliki oleh rakyat Malaysia melabur ratusan juta ringgit setiap tahun bagi mencari telaga minyak baru di seluruh dunia.

Menerusi pelaburan itu terhasilnya penemuan-penemuan baru dan menurut laporan yang sama, nisbah penggantian pada waktu ini ialah 1:1.8 liter.

Ini bererti, bagi setiap satu liter yang digunakan oleh Petronas menemui 1.8 liter sumber baharu. Ini bermakna kadar penggantian adalah lebih besar dari kadar penggunaan.

 
 
###########
 
Penurunan Harga Minyak Tidak Mustahil

Bagi mengoptimunkan perolehan kerajaan menerusi minyak mentah kerajaan sebenarnya tidak perlu menaikan harga minyak. Bahkan kerajaan boleh mengoptimunkan perolehannya dengan menurunkan harga minyak pada waktu yang sama.

Pengurangan Penggunaan Petrol dan Diesel

Harga petrol Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan negara-negara pengeluar minyak. Berdasarkan jumlah penduduk 26 juta orang dan kadar pengeluaran minyak mentah sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari, Malaysia mempunyai nisbah pengeluaran yang amat tinggi tetapi ianya tidak dinikmati oleh rakyatnya yang jauh lebih rendah dari negara-negara pengeluar lain.

Harga bahan bakar petrol dan diesel ini perlu diturunkan dan sememangnya mampu diturunkan. Antara proses-proses yang perlu diambil untuk menurunkannya adalah seperti berikut.

Peralihan daripada penggunaan Petrol dan Diesel kepada gas asli untuk kenderaan atau NGV perlu dilakukan kerana faktor-faktor berikut,

• Malaysia adalah negara ke 13 di dunia mempunyai simpanan gas asli terbesar. Pada tahun 2004, Dato’ Mustapha Mohamed mengumumkan simpanan gas asli Malaysia adalah sebanyak 89 trillion kaki padu.
• Walaupun kerajaan menggalakan penggunaan NGV kerana ia lebih bersih dan mesra alam tetapi kerajaan tidak mewajibkan setiap stesen minyak menyediakan kemudahan ini. Akibatnya stesen NGV amat terhad dan tertumpu di sekitar Lembah Klang sahaja.
• Penggunaan NGV secara meluas oleh pemilik kenderaan akan mengakibatkan permintaan terhadap petrol dan diesel berkurangan.
• Kesannya negara boleh menjual lebih minyak mentah dan ini akan membawa lebih banyak pulangan.
• Menerusi pendapatan lebihan ini, harga petrol dan diesel dapat dikurangkan lagi.

National Petroleum Advisory Council

Penubuhan semula National Petroleum Advisory Council (NPAC) bagi mengumpulkan pakar-pakar bagi merancang guna sumber tenaga negara dan mementuk polisi-polisi tenaga Negara yang berkesan. NPAC ditubuhkan bersama dengan penubuhan Petronas tetapi ianya sudah tidak wujud lagi pada hari ini.

Petronas sering mencatat keuntungan besar dari setahun ke setahun. Dan sebagai sebuah syarikat yang menjaga khazanah milik rakyat Malaysia, struktur organisasi Petronas perlu bermatlamat menjaga kepentingan rakyat.

Oleh itu NPAC perlu dihidupkan semula dengan melantik tokoh-tokoh berwibawa dan bukan semata-mata ‘perlantikan politik’. Dengan erti kata lain, menghidupkan semula NPAC tidak bermakna jika sekadar mahu melantik tokoh-tokoh UMNO yang telah ‘expire’ seperti contohnya dengan melantik Abdul Rahim Thamby Chik atau Zainuddin Maidin.

Check And Balance Di Dalam Petronas

Pada hari ini, Tan Sri Dato’ Mohd. Hassan Merican memegang ketiga-tiga jawatan tertinggi Petronas iaitu Sebagai Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Sebelum ini dua jawatan ini disandang oleh individu berlainan.

 
Tanpa mahu mempertikaikan pencapaian dan kejayaan yang dibawa oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Hassan Marican sejak diteraju Petronas, namun dengan memegang ketiga-tiga jawatan ini, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Hassan Marican menjadi begitu kuat sehingga menyukarkan check and balance di dalam Petronas seterusnya mengakibatkan tiada ketelusan di dalam pengurusan Petronas.

Kesimpulan

Rakyat Malaysia seharusnya menikmati kemakmuran daripada kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Sebagai pengeksport bersih minyak mentah, kenaikan harga minyak beerti pulangan tambahan kepada negara.

Malang sekali, bukan sahaja tidak dapat menikmati kemakmuran daripada sumber hasil negara ini, rakyat Malaysia dibebankan pula oleh kenaikan harga minyak yang seterusnya memberi kesan berantai terhadap harga barang-barang keperluan.

Berdasarkan hujah-hujah dan data-data yang telah diketengahkan, terbukti bahawa tindakan kerajaan untuk menaikan harga minyak adalah tidak berasas.

Ini membuktikan kelemahan di dalam pengurusan oleh kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak mengecapi kemakmuran sebagai negara pengeluar minyak dan menyeru kerajaan menurunkan semula harga minyak. Jika ini tidak dilakukan, ekonomi negara akan merudum dan rakyat bukan sahaja akan menderita akibatnya tetapi terpaksa pula berdepan dengan pelbagai masalah sosial yang berpunca darinya.

Pulangkan Hak Rakyat Segera!

 

June 20, 2008 at 9:48 am Leave a comment


RENUNGAN

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)

VISITOR’S ONLINE

page counter

BILANGAN PELAWAT

  • 17,858 hits

POST TERDAHULU