Archive for August, 2008

Ahlan wa sahlan Ramadhan 1429 Hijrah…malaysiakini

InsyaAllah pada 1 September 2008 ini adalah bersamaan dengan 1 Ramadhan 1429 Hijrah. Maka seluruh umat Islam seluruh dunia akan menunaikan kewajipan berpuasa.

Dengan itu, jualan rokok juga dengan sendirinya akan berkurangan. Sebabnya ramai perokok adalah umat Islam. Maka di bulan puasa ini aktiviti merokok akan berkurangan dan dengan sendirinya jumlah jualan rokok syarikat rokok akan menurun grafnya.

Sempena kedatangan Ramadhan ini, saya menyusun sepuluh jari tangan memohon ampun dan maaf kepada pembaca sekalian. Semoga Ramadhan ini akan memberi kita keinsafan dan kekuatan untuk terus berjuang menegakkan keadilan, menolak rasuah demi Malaysia Baru.

Harapannya juga semoga tanggal 16 September 2008 @ 16 Ramadhan 1429 bakal mencipta sejarah tertubuhnya kerajaan Malaysia yang baru diterajui Pakatan Rakyat. Apa pun doakan agar Malaysia tercinta ini berubah ke arah yang lebih baik.

Tak lupa juga SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 51.

http://www.malaysiakini.com/bm/

August 29, 2008 at 3:48 pm Leave a comment

Konsert Avril Lavigne, mana suara Mufti !!!…malaysiakini

Malaysiakini di http://www.malaysiakini.com/news/88802 melaporkan bahawa Pemuda PAS akan mengadakan solat depan pintu masuk Stadium Merdeka malam ini bersempena konsert penyanyi punk pop Avril Lavigne.

Lebih 500 anggota Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Selangor dijangka menunaikan solat maghrib dan diikuti solat hajat di kawasan lapang dekat pintu masuk utama stadium.

Malaysiakini turut melaporkan di http://www.malaysiakini.com/news/88676 bahawa Pemuda PAS juga dijangka akan mengedarkan lebih 10,000 risalah yang memuatkan ayat-ayat al-Quran, hadis dan nasihat ulama dengan kira-kira 50 anggota Unit Amal dewan itu dikerahkan untuk mengawal keadaan.

Pemuda PAS paling lantang membantah konsert ini sejak awal Ogos sehingga Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bercadang menangguhkannya ke suatu tarikh lain.

Bagaimanapun kementerian berkenaan mengambil sikap meneruskan semula rancangan asal persembahan itu hujung minggu lalu.

Penyanyi popular kelahiran Kanada itu dijadual mengadakan persembahan bertenaganya mulai jam 9 malam dalam siri jelajah antarbangsanya di Asia Tenggara.

Setakat ini hanya Pemuda PAS sahaja yang bersungguh membantah konsert penyanyi ini. Persoalannya sekarang mana MUFTI-MUFTI kita yang ramai itu? Mana perginya suara mereka dalam mencegah kemungkaran ini?

Mana perginya Mufti Wilayah Persekutuan yang membuat sidang akhbar mempertahankan sumpah Saiful? Dalam hal ini kenapa tak buat sidang akhbar menasihatkan KERAjaan membatalkan konsert ini?

Mana perginya Mufti Perak? Mana perginya Mufti Perlis (sahabat persekolahan saya di Kolej Islam Klang)? Mana perginya Mufti2 lain? Mana perginya suara Pengerusi Majlis Fatwa?

Apakah dalam hal menegur kerajaan yang meluluskan konsert ini, mana suara anda hilang? Atau apakah para mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan menghalalkan konsert penyanyi Mek Saleh ini?

Anda semua ada kuasa menegur dan menasihatkan pemerintah. Kenapa senyap dalam hal ini? Adakah ini perkara kecil dibandingkan dengan sumpah laknat Saiful Bukhari? Jangan jadi “Syaitan BISU” wahai pembesar2 dan penasihat agama kerajaan.

Terlupa pula nak tanya mana perginya Ustazah MaSHITah dan Ustaz Zahid Hamidi? Kesan konsert ini kecilkah nanti? Tak ada apa2kah kesannya pada akhlak dan moral anak muda Islam kita? INikah moral yang kita nak bawa dan tunjukkan pada anak2 muda Islam kita?

BERSUARALAH WAHAI PARA MUFTI DAN PENASIHAT AGAMA KERAJAAN, JANGANLAH JADI SYAITAN BISU SELAMANYA.

August 29, 2008 at 3:32 pm 5 comments

Tiada jaminan Najib jadi PM…malaysiakini

Malaysiakini di http://www.malaysiakini.com/news/88786 melaporkan bahawa Datuk Mukhriz Mahathir berkata  berkata peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu perancangan dan bukannya satu jaminan.
    
“Tiada jaminan (peralihan kuasa akan berlaku) sebab macam-macam perkara boleh berlaku antara sekarang hingga 2010 nanti.

“Banyak perkara yang akan berlaku di luar kawalan sepanjang tempoh ini,” katanya.

Benar sungguh kata2 Mukhriz ini. Banyak perkara boleh berlaku sementara menunggu Jun 2010. Antaranya kemungkinan berlaku banyak parti komponen BN keluar dari BN. Ini dikhuatiri berlaku oleh Muhyiddin Yassin Naib Presiden UMNO.

Katanya sebagaimana dilaporkan di http://www.malaysiakini.com/news/88787 “Saya rasa kecewa bila ada cerita parti nak keluar BN. Trend begini tak pernah berlaku dahulu,” kata Muhyiddin, demikian menurut laporan Bernama.

Mungkin juga berlaku perpecahan yang lebih besar dalam UMNO sendiri ketika pemilihan parti yang hampir karam itu Disember nanti. Ku Li sedang berusaha mendapatkan sokongan untuk bertanding jawatan Presiden.

Muhyiddin sendiri dilihat boleh berlaku curang dengan UMNO apabila akhir2 ini semakin senada dengan bekas PM Tun Mahathir yang mahukan perubahan segera dilakukan oleh UMNO dan BN.

Dan jangan lupa juga strategi Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya 16 September nanti. Walaupun UMNO / Bn menolak kemungkinan itu dan semakin kerap ahli2 parlimen BN mengikrarkan taat setia pada BN dan tidak akan melompat parti. Kemungkinan lompatan MP BN tetap boleh berlaku.

Kerana dalam politik segalanya mungkin. Jadi apa jaminan untuk Najib jadi PM Jun 2010 nanti?

August 29, 2008 at 10:55 am 7 comments

Husam nafi halang rundingan Pas-UMNO…malaysiakini

Malaysiakini melaporkan di http://www.malaysiakini.com/news/88739 bahawa Datuk Husam Musa menafikan beliau menyusun barisan pemimpin atasan parti, yang digelar “kumpulan Erdogan”, untuk menghalang rundingan PAS-Umno kerana tidak pernah tahu-menahu tentang pertemuan itu.

“(Pertemuan) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (20 Julai lepas), saya langsung tidak tahu walaupun saya naib presiden PAS.

“Jadi macam mana saya hendak mengatur supaya perjumpaan mereka gagal sedangkan saya tidak diberitahu walaupun saya naib presiden PAS,” kata pemimpin kanan itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Husam juga berkata gembar-gembur bahawa beliau dijanjikan jawatan timbalan perdana menteri hanyalah “satu rekaan daripada orang-orang yang mempunyai agenda mereka sendiri” dan ia “tidak perlu dilayan.”

Tiada perbincangan di Dubai

Anti Husam mendakwa naib presiden PAS itu ditawarkan jawatan tersebut oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan mereka di Dubai, Jun lepas.

Komen Abufaiz70:

Kepada kumpulan yang menamakan Anti Husam tersebut, janganlah cuba melaga2kan pimpinan PAS dan mengucar kacirkan ahli dan penyokong PAS. Kalau betul kumpulan Anti Husam adalah juga ahli PAS, amat malang kerana mereka ini gagal memahami erti perjuangan dan tarbiah yang diberikan PAS selama ini.

Dalam PAS kita boleh menegur pimpinan, ini terbukti daripada Muktamar PAS yang diadakan.  Pimpinan bawahan terbuka menegur pimpinan atasan asalkan teguran itu teguran membina untuk kebaikan semua.

Tetapi tuduhan yang tidak berasas dengan berselindung, umpama baling batu sembunyi tangan adalah satu tindakan yang tidak bijak dan wajar ditolak.

Walaupun dipihak pimpinan, ada yang bersetuju dan ada yang menolak terus muzakarah, muqabalah dengan UMNO, tetapi apa yang penting adalah musyawarah yang dibuat dan diambil keputusan oleh pimpinan.

Secara peribadi, saya juga tidak setuju dan membangkang sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO. Tetapi pimpinan PAS telah menjelaskan bahawa Muqabalah dengan UMNO boleh diadakan tanpa menjejaskan hubungan dan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi setakat ini kita tidak melihat keikhlasan pimpinan UMNO dan kabinet BN (CONTOHNYA) apabila mereka tetap membenarkan konsert Avril Lavigne diteruskan walaupun mendapat bantahan PAS. Dimana keikhlasan bermuqabalah?

August 28, 2008 at 4:11 pm Leave a comment

Jangan berundur wahai PM….malaysiakini

Keputusan PRK Permatang Pauh yang menyaksikan kemenangan besar DSAI dengan majoriti 15,671 menyebabkan banyak pihak menggesa PM Dolah supaya segera berundur.

Mantan PM Tun Mahathir mengatakan bukan PKR / Anwar yang menang tapi BN yang kalah. Sehubungan dengan itu, beliau sekali lagi menggesa PM Dolah supaya segera berundur bagi menyelamatkan UMNO / BN dari berkubur terus selepas PRU13 nanti.

Ruhanie Ahmad turut menggesa PM Dolah berundur segera dalam postingnya http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/08/tiba-saatnya-abdullah-berundur-serta.html 

Mukhriz Mahathir sekali lagi menggesa supaya peralihan kuasa dilakukan segera bukannya menunggu Jun 2010.

Muhyiddin Yassin turut menggesa supaya UMNO / BN melakukan perubahan. Mungkin perubahan yang dimaksudkan oleh Muhyiddin turut bermaksud supaya PM Dolah berundur segera.

Tetapi seperti biasa, PM Dolah memekakkan telinga, membutakan matanya apabila banyak kecaman dan gesaan kepadanya supaya segera berundur. Baginya PRK Permatang Pauh bukan petanda rakyat menolak beliau dan BN.

“Pilihan raya kecil Permatang Pauh hanya satu pilihan raya kecil yang tidak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain. Saya percaya kami masih boleh terus mentadbir kerajaan,” kata PM Dolah dalm Utusan. Tiada tanda bahawa beliau akur dengan kecaman dan gesaan pemimpin UMNO yang lain.

Syabas saya ucapkan kepada PM Dolah kerana tidak mendengar kepada kecaman dan gesaan supaya beliau berundur. Kenapa perlu PM Dolah berundur? Teruskanlah PM Dolah memerintah negara sebagai PM sehingga beliau digulingkan nanti oleh Pakatan Rakyat.

Buat apa PM Dolah berusaha memantapkan UMNO dan BN? Teruskanlah tidur dan lena sehingga Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan. UMNO pun memang dah nazak, buat apa nak dipulihkan? Apa hanya UMNO pembela melayu?

Jadi kepada PM Dolah, jangan berundur sebagai PM. Tunggu sehingga Pakatan Rakyat ambilalih kerajaan. Ketika itu, mahu atau tidak, Dolah kena berundur.

Jadi Malaysia Baru yang bebas rasuah dan penindasan akan diwujudkan oleh Pakatan Rakyat.

August 28, 2008 at 9:39 am Leave a comment

Akhirnya Anwar bersumpah juga…malaysiakini

Akhirnya DSAI akan bersumpah juga, tetapi bukannya sumpah laknat seperti Saiful Bukhari, tetapi DSAI akan mengangkat sumpah sebagai MP Permatang Pauh sebagaimana dilaporkan Malaysiakini  di http://www.malaysiakini.com/news/88658

Kemenangan DSAI amat disyukuri oleh seluruh rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan demi Malaysia Baru yang bebas rasuah, bebas penindasan.

Kepada DSAI, semoga dengan kembalinya anda ke Parlimen, semoga dapat dilaksanakan janji2 yang dilafazkan semasa kempen andainya ditakdirkan Allah taala, anda memimpin negara Malaysia nanti.

Ingatlah kata2 yang dilaungkan dulu ‘Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya”. Martabatkanlah Islam kembali di bumi Malaysia ini. Toleransi dan tolak ansur itu penting tetapi jangan sampai Islam yang tinggi ini digadaikan, diketepikan demi kuasa sebagaimana dilakukan ketika DSAI berada dalam tong najis UMNO.

August 27, 2008 at 5:36 pm 2 comments


RENUNGAN

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)

VISITOR’S ONLINE

page counter

BILANGAN PELAWAT

  • 17,857 hits

POST TERDAHULU