Harga minyak Malaysia turun sikit lagi…malaysiakini

Semalam PM Dolah mengumumkan harga minyak di pasaran Malaysia diturunkan lagi antara 10 sen hingga 20 sen seliter.

Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;

Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.

Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

PM Dolah kata “Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,”

Harga minyak dunia telah jatuh sehingga ke paras di bawah USD80 sejak sekian lama, tapi baru sekarang kerajaan turunkan sedikit lagi harga minyak di pasaran Malaysia. Adakah itu kesegeraan yang dimaksudkan PM? Kalau itu maksudnya memang betul kerajaan BN bukan hanya bermimpi tapi tidur disiang hari.

Adakah harga petrol RM2.30 menggambarkan harga yang sepatutnya rakyat nikmati? Apakah kira2 kerajaan ini betul setelah agak lama berfikir untuk turunkan harga minyak? Sedangkan ketika menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen dulu tak payah fikir?

Apakah dengan penurunan harga minyak ini, harga barangan keperluan harian rakyat turut serta turun? Apa jaminan kerajaan?

Apakah dengan penurunan harga minyak ini, surcaj 30% tambang pengangkutan awam akan dihapuskan oleh kerajaan? Bila kerajaan nak buat?

Bagi saya harga pasaran minyak Malaysia sepatutnya turun ke paras yang lama iaitu RM1.92 seperti dulu. Kita tunggu tindakan kerajaan.

rujukan di www.malaysiakini.com

October 15, 2008 at 8:33 am Leave a comment

Kalau dah Umno…malaysiakini

PM Dolah telah pun mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti lapuk itu Mac depan. Maknanya Umno akan pilih Presiden baru bulan Mac depan. Bila Presiden Umno bertukar, kerajaan BN juga akan dapat PM baru. Setakat ini Najib adalah calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno. Tiada lagi bahagian Umno yang calonkan selain Najib.

Maknanya kalau jadi, Najib akan jadi Presiden Umno Mac depan. Kalau tiada aral melintang, Najib akan diangkat jadi PM yang baru Mac depan.

Baru2 ini pun PM Dolah telah bertukar kementerian dengan Najib. Najib ambil Kementerian Duit dan PM Dolah ambil kementerian Askar.

Bila Najib ambil kementerian Duit itu, orang Pekan pun berharap2 agar Najib prihatin pasal harga minyak yang tinggi. Orang Pekan harap Najib turunkan harga minyak. Bukannya apa, orang Pekan harap Najib sedar yang sekarang ni kalau isi minyak RM30 pun, dari Pekan nak pusing Kuantan pun tak lepas, kena isi minyak lagi kalau nak balik Pekan semula.

Tapi Najib cuma turunkan seposen aje harga minyak sebelum raya dulu. Duit raya seposen sorang dari kerajaan Umno untuk rakyat. Harga barang? Tetap tak turun pun… naik lagi ada.

Sekarang harga minyak dunia dah turun bawah USD80 setong. Tapi kerajaan Umno Bn buat dek aje. Harga minyak kita tak juga turun.  Entah apa kira2 yang kerajaan buat, hinggakan tak boleh turunkan harga minyak lagi. Nak guna duit jual minyak mahal kepada rakyat tu kemana? Projek mana yang nak ditanggung? Kebocoran mana yang hendak ditampung?

Jika ditakdirkan Najib berjaya jadi PM Mac ini, adakah polisi kerajaan Umno / Bn akan berubah? Adakah nasib rakyat akan berubah? Adakah kronisme, rasuah akan terhapus? Jawapannya…Umno tetap Umno, dulu kini dan selamanya. Takkan berubah “status quo” mereka.

Jika Najib jadi PM, adakah Bik Mama tidak lagi ghairah membeli belah diluar negara? Adakah kerajaan tiga beranak warisan PM Dolah akan berkubur? Atau akan timbul pula kerajaan anak bini?

Apa pun yang bakal terjadi dalam senario politik Malaysia nanti, rakyat perlu ingat dan jangan mudah lupa. Walaupun Dolah telah berundur, mungkin Najib jadi pengganti, selagi pengganti itu adalah Umno, maka ingatlah Umno tetap Umno… dari dulu, kini dan selamanya adalah perompak, penipu, penyangak dan penghisap darah rakyat.

www.malaysiakini.com

October 14, 2008 at 2:55 pm Leave a comment

Malaysia Boleh, Melaka Boleh, Datuk Shahrukh Khan…malaysiakini

Apa nak jadi dengan negara Bolehland kita  ni? Terlopong bila baca berita bahawa pelakon Bollywood Shahrukh Khan bakal dikurniakan darjah kebesaran Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Kita tahulahlah memang bekas MB Pahang tu peminat filem Hindi, tapi takkan sampai nak anugerahkan darjah Datuk kepada idolanya. Itupun bukan rakyat Malaysia, orang India yang kerjanya berlakon.

Apa sumbangan Shahrukh kepada negeri Melaka? Mungkin lepas ni Ali Rustam boleh cadang beri anugerah Datuk kepada Amitabachan, Rishi Kapoor, late MGR, Sashi Kapoor dan lain2 kapoor.

berita dari Berita Harian di bawah ni…

Panglima TLDM, Shah Rukh terima gelaran Datuk Wira, Datuk

MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok.

Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

October 10, 2008 at 5:26 pm 5 comments

Nik Aziz seronok Tun M masuk semula Umno…malaysiakini

Penyertaan semula Tun Mahathir ke dalam Umno akan menguntungkan PAS, kata Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan.  “Saya seronok kerana Dr Mahathir telah timbulkan kacau bilau dalam Umno,” kata beliau.

Bernama melaporkan Mursyidul Am PAS itu berkata tindakan Dr Mahathir untuk menyerang Umno dari dalam merupakan “langkah yang terbaik”.

Nik Aziz turut menjelaskan bahawa beliau tidak nampak logiknya bila Mahathir menyerang Umno dari luar. “Bila beliau serang dari dalam itu betul dan saya seronok kerana ia dapat melemahkan Umno,” kata beliau.  www.malaysiakini.com/news/89479

Kemasukan semula Tun Mahathir ke dalam Umno akan menyebabkan Umno terus bergolak. Tun akan menyerang PM Dolah habis2an supaya berundur dan mengatur strategi supaya PM Dolah digulingkan dalam pemilihan Umno Disember ini.

PM Dolah tidak akan berdiam diri. Beliau akan memastikan beliau tidak dicabar dalam pemilihan itu. Jadi akan wujud beberapa puakdalam Umno yang akan menyebabkan kacau bilau dalam Umno terus bergolak.

Kedegilan PM Dolah untuk berundur dari kerusi Presiden UMno dan Perdana Menteri juga telah banyak menguntungkan Pakatan Rakyat. Kemasukan semula Tun dalam Umno akan lebih menguntungkan Pakatan Rakyat.

Hayat Umno dan BN lebih cepat berkubur.

September 12, 2008 at 11:38 am 6 comments

ISA? No way for UMNO leaders…malaysiakini

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun. Lapor http://www.malaysiakini.com/news/89438 

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu “menumpang” di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Ketika mengumumkan keputusan itu mesyuarat MT hari ini, PM Dolah yang juga presiden Umno berkata, MT memandang serius perkara itu kerana kenyataan dan tindakan Ahmad telah mencetuskan ketegangan dan menimbulkan bantahan.

PM Dolah juga berkata kerajaan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

PM berkata, ini berikutan situasi hubungan kaum yang semakin merosot hingga memungkinkan boleh berlakunya ketegangan.

Bandingkan antara tindakan MT UMNO yang dipengerusikan PM Dolah ke atas Ahmad Ismail yang telah mencetuskan ketegangan dan menimbulkan bantahan.

Dan kenyataan PM bahawa kerajaan akan bertindak tegas ke atas pihak yang mencetuskan isu perkauman termasuk tindakan ISA.

PM memperakui bahawa kenyataan Ahmad telah mencetuskan ketegangan dan menimbulkan bantahan. PM mengatakan bahawa mana2 pihak yang mencetuskan isu perkauman hingga memungkin berlakunya ketegangan akan di kenakan tindakan tegas termasuk ISA.

Jadi kenapa Ahmad Ismail tidak dikenakan tindakan tegas oleh kerajaan seperti ISA? Tindakan gantung ahli UMNO adalah tindakan UMno. Dimana tindakan kerajaan? Adakah kerana Ahmad ahli UMNO maka kerajaan tidak ambil apa2 tindakan ke atas beliau? Yang pasti Ahmad masih berdegil tidak minta maaf atas kenyataannya. Adakah nanti tidak ada kemungkinan Ahmad akan semarakkan lagi isu ini?

Apakah jika Ahmad adalah ahli PKR, DAP atau PAS, baru kerajaan bertindak tegas ke atas Ahmad? Cukupkah tindakan gantung ahli UMNO 3 tahun ke atas Ahmad dikira tindakan tegas? Tegas atas nama Umno tapi dimana ketegasan atas nama penguatkuasaan Kerajaan?

September 11, 2008 at 11:52 am 5 comments

Peristiwa menarik hari ini…malaysiakini

1. Hari ini berlaku beberapa peristiwa menarik di sekeliling kita. Apa yang menariknya, kita tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti perkembangannya. Sebelum itu diucapkan selamat menempuh peperiksaan UPSR kepada anak2 Tahun 6 yang bermula semalam.

2. Anak2 ini adalah generasi pertama yang mengikuti kelas Matematik & Sains dalam BI. Adakah akan berlaku kemajuan atau kemerosotan? Kita tunggu experimen tergesa2 kerajaan ini. Tapi anak kedua saya salah seorang dari mereka. Bagi saya mungkin tiada masalah kerana sekurang2nya kita boleh juga membantu anak2. Tapi bagaimana dengan ibubapa yang tidak mampu? Apa pun selamat berjaya kepada anak2 kami. Ditambah dengan ujian Ramadhan dan exam UPSR. Ianya agak berat tapi ingatlahlah Rasulullah bersama para sahabat dulu, berperang di bulan Ramadhan. 

3. Hari ini Parti Gerakan menanti keputusan MT UMNO tindakan yang akan diambil ke atas Ahmad Ismail Penang. Agaknya apa Pak Lah nak buat ke atas Ahmad ni? Takkan nasihat lagi. Sudah beberapa kali jumpa Pak Lah jumpa Ahmad, lepas tu Pak Lah kata OK. Tup tup, Ahmad buat kecoh lagi. Agaknya tertidur lagi tak Pak Lah ketika bincang pasal Ahmad dalam MT UMNO hari ini?

4. Parti Gerakan akan buat keputusan selepas itu. Kalau puas hati atas hukuman yang dikenakan oleh UMNo kepada Ahmad. OK. Kalau tidak? Pukulan TKO untuk UMNO? www.malaysiakini.com/news/89381

5. Hari ini juga DSAI hadir ke mahkamah Jalan Duta KL untuk sebutan tuduhan kes liwat suka sama pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808suka tetapi dipertahankan oleh Saiful beliau tak rela. Apakah DSAI akan dibebaskan oleh mahkamah? Dakwaan digugurkan? Atau diteruskan?

6. Atau mungkinkah sebaliknya sebagaimana ramai bloggers dan ahli PKR syak? Iaitu mungkin bon peribadi jaminan DSAI ditarikbalik oleh mahkamah? Maka DSAI ditangkap dan ditahan di Penjara sepanjang perbicaraan kes?

7. Sanggupkah kerajaan BN buat begitu? Kemungkinannya ada tapi diharap ia tidak berlaku. Namun apa pun boleh berlaku. Salah satu caranya untuk menghalang kejadian 916 adalah dengan menahan DSAI. Itu boleh berlaku.

8. Terkini kes DSAI ditangguhkan ke tarikh 24 September 2008 berikutan bantahan terhadap perintah yang ditandatangani Peguam Negara Gani Patail untuk pindah kes ke Mahkamah Tinggi. Ini apa hal pulak Gani Patail campurtangan ni? Dah tak sabar nak kenakan DSAI sekali lagi?  www.malaysiakini.com/news/89393

9. Sama2 doakan agar keadilan akan menang. Yang batil bakal berkubur jua. Kejahatan mungkin menang di dunia ini, tapi di hadapan Allah di akhirat kelak, mereka tidak akan terlepas. Begitu juga kita andai masih tega melakukan dosa dan kesalahan terhadap Allah dan sesama manusia.

10. Dosa pada Allah kecuali dosa syirik kita boleh mohon keampunan Allah dan bertaubat, tetapi dosa kepada manusia lain, Allah tidak akan ampunkan sehingga orang tersebut memaafkan kita. Jadi berkasih-sayanglah kamu atas dasar iman dan Islam.

September 10, 2008 at 12:26 pm Leave a comment

Biarkan BN tenggelam, kukuhkan Pakatan…malaysiakini

Kurang lebih 6 hari saja lagi untuk melihat Pelan 16 September tercapai atau tidak? Mungkinkah “delay” atau “still on track”? Wallahua’alam.

Pakatan Rakyat yang umurnya baru beberapa bulan, dilihat semakin kukuh walaupun ada juga isu2 yang agak besar melanda mereka. Mampukah DSAI mengemudi kapal Pakatan Rakyat ini dengan baik? Mampukah DSAI membawa kapal Pakatan Rakyat ke destinasi impian Malaysia Baru? Kita tunggu dan kita doakan kejayaan PR kerana kita sudah muak dan mual dengan BN.

Diketika PR masih berusaha memperkukuhkan kerjasama dan memperkuatkan kapal yang dinaiki, dilihat ada satu kelebihan pada PR apabila kapal BN yang banyak bocor sana sini sejak PRU12 yang lalu semakin banyak lompongnya yang boleh menyebabkan kapal BN karam.

Maka adalah usaha2 krew kapal BN dari UMNo yang berusaha membawa masuk semula Nakhoda lama iaitu Tun Mahathir kembali ke kapal BN. Mereka berharap wibawa Tun yang telah pencen itu mampu memperkukuhkan semula UMNo dan seterusnya membantu mengemudi kapal BN. www.malaysiakini.com/news/89351

Namun di satu sudut dalam kapal BN ada orang Umno yang mengeruhkan suasana dan menambahkan kebocoran dalam kapal BN. Ahmad Ismail tetap bertegas enggan minta maaf atas perbuatannya dan Umno Penang menimbulkan isu perkauman. www.malaysiakini.com/news/89370

Gerakan marah dan mahu Ahmad di ISAkan. Mesyuarat krew kapal BN semalam diadakan. Isunya tentang kenyataan dan perbuatan Ahmad. Rujuk www.malaysiakini.com/news/89381

“Mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini melahirkan perasaan yang tegas, kecewa dan marah tentang apa yang berlaku,” kata Nakhoda Bn yang juga ketua Ahmad iaitu PM Dolah.

“Apa yang dicakapkan itu menimbulkan kemarahan dan keresahan rakyat, bukan hanya kepada bukan bumiputera tetapi juga bumiputera, iaitu orang Melayu.

“Bukan hanya di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

“Apa yang telah dicakapkan oleh pemimpin dari Sabah dan Sarawak telah membayangkan perasaan yang terdapat di kedua negeri berkenaan,” kata perdana menteri.

Mereka, tambah beliau, mahu supaya satu tindakan segera dan tegas diambil.

“Tetapi Ahmad sebagai ahli Umno, perlu melalui prosedur parti Umno dan dibawa kepada MT Umno,” tambahnya.

Maka dengan itu, katanya, pemimpin BN telah mengakui prosedur tersebut dan menggesa supaya tindakan diambil dalam MT Umno secepat mungkin.

Namun adakah PM Dolah mampu bertindak tegas ke atas Ahmad? Gerakan akan tunggu dan lihat bentuk tindakan ke atas Ahmad sebelum membuat apa2 keputusan. Mungkin keputusan akhirnya, Gerakan keluar BN?

Kapal BN makin tenggelam, biarkan mereka tenggelam kerana rakyat kini telah ada kapal baru iaitu kapal Pakatan Rakyat. Namun masih ramai yang teragak2 untuk naik kapal PR. Tahankah? Kukuhkah? Dengan itu pemimpin PR perlu memperkukuhkan kapal mereka.

Apa yang rakyat mahu lihat adalah kapal ini tidak seperti kapal BN yang penuh dengan gejala rasuah, penyakit khianat, kroni2, tidak telus, pentingkan bahagian masing2 dan pelbagai penyakit lagi.

Kita mahu kapal PR penuh kebajikan untuk rakyat marhaen dan membawa Malaysia dengan megah. Memacu ekonomi rakyat, memerangi keganasan dan penindasan, memerangi penyakit2 rasuah dan kronisme yang telah berulat di kalangan rakyat.

www.malaysiakini.com

September 10, 2008 at 8:12 am 4 comments

Kesian Pak Lah…malaysiakini

Kesian betul dengan PM Dolah Badawi. Akhir-akhir ini banyak betul masalah yang terpaksa difikirkannya. Hinggakan nak tidur dan nak tertidur pun tak sempat.

Sudahlah terpaksa memikirkan cara untuk “menyelamatkan” kerajaannya dari dirampas oleh DSAI, terpaksa meminta BNBBC buat lawatan tergesa2 ke Taiwan kononnya nak belajar tentang pertanian. Tapi semua orang kata itu cara nak larikan MP2 tersebut dari tarikh 16 September Anwar Ibrahim.

Terpaksa juga fikirkan cara menangani Ku Li yang beria2 nak rampas takhta Presiden Umno. Masalah nak pastikan Najib tak melawan Disember ini agaknya dah selesai bila kedua2nya setuju penyerahan kuasa pada Jun 2010 ini. Itu pun ada ahli Umno tak setuju dan membuat laporan BPR mengatakan itu adalah rasuah. Pening betul…

Baru2 ini ketika PRK Permatang Pauh, timbul lagi isu yang menyakitkan kepala Pak Lah. Ahmad Ismail buat hal pulak. Dah timbul isu racist pulak. Terpaksa Najib minta maaf kepada orang Cina dan India. Tapi Ahmad tak mintak maaf pun. Lepas itu, bila Pak Lah jumpa Ahmad, ingatkan masalah dah selesai, rupa2nya tidak. www.malaysiakini.com/news/89319

Masalah makin besar, Ahmad terus memeningkan kepala Pak Lah. Ahmad minta BN singkirkan Gerakan dari BN. Panas lagi bila ada ahli Umno koyak pulak gambar Koh Tsu Koon. Lagi hangat. Gerakan segera putuskan hubungan dengan Umno Penang.  www.malaysiakini.com/news/89323 

Sudahlah dah ada ura2 Gerakan nak lompat dari BN. Sekarang Ahmad tambah lagi apinya. Wanita Gerakan segera desak PM tahan Ahmad bawah ISA. Kata mereka Ahmad mencetuskan kenyataan perkauman. Jangan biarkan 13 Mei berulang. www.malaysiakini.com/news/89327

Pak Lah betul2 sangat tidak gembira ketika ini. Macam2 hal dari dalam dan luar yang terpaksa beliau hadapi. Kesian Pak Lah… Mana pergi menantu bapak ni, dah lama tak dengar berita.

Cuma satu nasihat saya kepada Pak Lah dan pemimpin2 samada dari kerajaan sekarang atau pemimpin kerajaan baru akan datang, ingatlah ” SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN, DAN SETIAP PEMIMPIN AKAN DITANYA TENTANG ORANG YANG DIPIMPINNYA”

Ingat2lah tanggungjawab pemimpin teramat berat, silap langkah ke NERAKA akhirnya. Pemimpin yang baik akan ke SYURGA jua akhirnya. Nak pilih yang mana?

September 9, 2008 at 2:24 pm 7 comments

Zul4kulim: Saya lebih rela pilih Islam…malaysiakini

Esok 9/8/08 @ 10am, Zulkifli Nordin akan mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR. Semuanya kerana keterlibatan beliau dalam himpunan aman umat Islam membantah forum terbuka “Masuk Islam” anjuran Majlis Peguam.

Adakah beliau akan dikenakan tindakan disiplin yang berat oleh PKR? Kenapa PKR bertindak memberikan notis tunjuk sebab kepada Zulkifli Nordin? Salahkah tindakan beliau?

Dalam keadaan DSAI menuju plan 16 September, mampukah DSAI “kehilangan” seorang MP? Jika tindakan terlalu ringan dikenakan ke atas Zulkifli, adakah DAP dan pimpinan bukan Islam dalam PKR menerimanya?

Dan jika tindakan yang “berat” dikenakan ke atas Zulkifli, adakah PAS yang membela Islam akan berdiam diri? Dengan alasan itu urusan rumahtangga PKR? Kita tunggulah keputusannya esok..

Bagi saya, tidak sepatutnya Zulkifli Nordin dikenakan tindakan oleh PKR atas sebab tindakannya ini. Apa yang salah? Majlis Peguam yang salah. Nasihat telah diberikan supaya membatalkan forum tersebut, tetapi mereka teruskan juga. Kenapa perlu menyentuh Islam? Kenapa persoalkan Islam?

Ini bukan pasal politik, tetapi ini melibatkan maruah umat Islam di Malaysia. Kenapa Majlis Peguam berdegil? Kenapa pula DAP marah atas tindakan Zulkifli? Kenapa tiada toleransi dalam hal ini? Kita mengharapkan penyatuan, tetapi jika Islam dipermainkan adakah umat Islam tidak boleh bertindak?

Diharap DSAI dan PKR bijak menangani isu ini. Dalam hal ini saya menyokong Saudara Zulkfli Nordin. Kita juga tidak mahu PR berpecah-belah dan bertelagah keran isu ini. Semua pihak dalam PR perlu bijak menangani isu ini. Jangan bermain2 dengan isu agama dan perkauman.

Kami dibelakangmu Saudara Zul4kulim…

Berikut adalah petikan dari blog Saudara Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baru yang berdepan dengan tindakan disiplin oleh PKR…..

Assalamua’laikum to all,

Hari ini PKR memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos.
Kesalahan yang saya didakwa lakukan adalah kerana menghalang forum “Masuk Islam: Artikel 121(1A)” yang jelas menghina Islam dan institusi Islam yang dianjurkan secara terbuka oleh Majlis Peguam walaupun bantahan jelas dibuat oleh umat Islam dari pelbagai lapisan dan latar belakang.
Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak. Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept. Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi.

Saya pasti akan berdepan dengan Jawatankuasa ini yang dijadualkan pada 9 Sept @ 10am nanti. Insyallah yang hak tetap akan dilindungi ALLAH..

Aamantu billah summastaqim.

September 9, 2008 at 8:00 am 13 comments

Nantikan gerombolan projek gula2 BN ke Pensiangan…malaysiakini

Malaysiakini di www.malaysiakini.com/news/89254 melaporkan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Seri Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihanraya umum 8 Mac lalu, batal dan tidak sah.

Joseph Kurup adalah timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Bagaimanapun, pindaan pada undang-undang pilihanraya membolehkan Kurup mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
pensiangan sabah parliament seat 080908Kurup menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 24 Februari lalu apabila keras pencalonan Andipai ditolak kerana diserahkan selepas jam 10 pagi.

Joseph Kurup mungkin akan memfailkan rayuan. Pilihanraya kecil tidak akan diadakan jika Joseph Kurup mengemukakan rayuan dan ia hanya akan diadakan jika permohonan rayuan Joseph Kurup ditolak. Demikian menurut Pengerusi SPR dalam Berita di RTM1 tengahari tadi.

Apapun jika PRK diadakan nanti, maka nantikan gerombolan BN dengan pelbagai “goodies”, buah tangan, projek dan gula2 pilihanraya ditaburkan di Pensiangan.

BN telah kalah di PRK Permatang Pauh, takkan mahu kecundang lagi kan? Jadi pelbagai agensi kerajaan akan dikerah ke Pensiangan nanti.

Ops, nanti dulu. Itu pun kalau ketika itu BN masih lagi memerintah kerajaan pusat. Jika ketika itu BN bukan lagi kerajaan pusat pun, mereka akan bermatian2 memenangi kerusi Pensiangan ini. Demi maruah BN yang telah pun terkubur… InsyaAllah impian akan jadi kenyataan.

Semoga Allah memakbulkan doa kita semua agar BN tumbang dan digantikan dengan kerajaan yang lebih baik.

September 8, 2008 at 3:17 pm 1 comment

Older Posts Newer Posts


RENUNGAN

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)

VISITOR’S ONLINE

page counter

BILANGAN PELAWAT

  • 17,857 hits

POST TERDAHULU