Anggota Kabinet BN mula jauhi Pak Lah…malaysiakini

October 16, 2008 at 12:21 pm 4 comments

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom menyelar segelintir anggota Kabinet yang didakwa mula menjauhkan diri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan pengumuman tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno. Demikian laporan mStar di sini 

Johari berkata, beliau pernah melalui pengalaman yang sama ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara pada Oktober 2003.

“Saya telah melalui semua ini ketika Dr Mahathir bersara dahulu. “Saya adalah bekas setiausaha politik beliau dan saya lihat ini berlaku. Dan segala yang dilalui Dr Mahathir itu, Pak Lah akan lalui juga,” katanya pada penutup Program Semangat Kemerdekaan anjuran Biro Tata Negara di Akademi Kenegaraan di sini, hari ini.

Johari berkata, sepatutnya semua pihak, terutama ahli-ahli Kabinet wajar terus menghormati Abdullah walaupun beliau telah mengumumkan tempoh persaraannya kerana beliau tetap Perdana Menteri sehingga hari terakhir.

“Tetapi saya lihat kini ada pihak yang mula melarikan diri dari Pak Lah pada saat-saat akhir khidmat beliau,” tambahnya.

Saya tidak hairan perkara ini berlaku kepada PM Dolah. Pemimpin2 dan ahli2 UMNO dan BN yang mengelilingi dan menyokong beliau sebelum ini adalah kerana mereka berkehendakkan sesuatu daripada “JAWATAN” PM Dolah.

Ketika PM Dolah berkuasa mereka boleh dapat bermacam habuan dari PM jika dilihat menyokong dan sentiasa di sisi PM Dolah. Sekarang setelah PM Dolah umumkan tidak akan pertahankan jawatan Presiden Umno, apa lagi yang Pak Lah boleh beri kepada mereka? Tentulah mereka ini akan cari tempat bergantung yang lain. Tempat kukuh bergantung sekarang adalah Najib. Tentulah mereka akan mengerumuni Najib.

Bimbang juga jika Najib jadi Presiden Umno dan PM nanti, mereka ini akan digugurkan pula. Jadi kenalah bertindak dari sekarang, tunjukkan sokongan pada Najib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Sebab itulah sehingga kini Khairy si menantu masih terkial2 dapatkan kuota pencalonan Ketua Pemuda, Pak mertua dah tak berkuasa. Buat apa nak sokong KJ lagi? Sekarang Mukhriz calon favourite Ketua Pemuda, kuasai 7 negeri. KJ? Tengah risau dan sasau. http://www.malaysiakini.com/news/91286

Memang itulah pun tujuan politik orang Umno, cari kedudukan dan kekayaan. Siapa yang boleh beri kedudukan dan kekayaan akan didekati dan diangkat. Yang dah nampak tak berguna lagi macam Pak Lah, buat apa lagi nak dekat2. Bimbang juga nanti Najib cop, mereka ini orang Pak Lah. Tak pasal2 diketepikan pula nanti. Tertutup lubuk kuasa, kedudukan dan lubuk emas.

Kalau dah Umno tu… begitulah perangainya. Bukannya macam orang Islam sejati ” Bertemu, berpisah, hanya kerana ALLAH” Kalau ini yang diamalkan oleh orang Umno, nescaya Pak Lah tetap akan dihormati walaupun selepas tiada kuasa lagi. Tapi apa nak buat Pak Lah, perangai orang Umno memang buruk…… ada laba ikut, tak ada laba, kirim salam nak ikut…

Entry filed under: Uncategorized.

Menarik hari ini…malaysiakini Hujung minggu menyesakkan nafas Khairy Jamaludin…malaysiakini

4 Comments Add your own

  • 1. Alias  |  October 16, 2008 at 1:33 pm

    Mana ada gula di situlah semut akan berkerumun. Kalau sebelum ini Mahyuddin Yasin orang yang paling baik dengan Pak Lah sebelum ini, tetapi dialah orang pertama meninggalkan Pak Lah untuk membodek Najib. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, tak tahulah samada dia adalah calun timbalan presiden UMNO pilihan Najib atau tidak.

  • 2. bgees  |  October 16, 2008 at 2:43 pm

    As Mamak Tun already said UMNO mudah lupa is 100% correct. When in position tapak kaki, buntut ,ludah pun tak kisah, punja la jilat, semua halal. Dah lepas jawatan, di hina teruk….lebih teruk dari anjing/ kucing kurap. Pak lah pun padan muka, layan kroni aja. rakyat biasa di buat macam kuli. ni lah balasan dari “Allah” , nescaya semua kroni dan UMNO binasa dari bumi M’sia.
    Semoga yang banyak makan rasuah,skndal, nyaya orang lain terus hidup lama ngan separuh lumpuh dan terlantar kat katil.

  • 3. george  |  October 16, 2008 at 2:50 pm

    let’s he face the song now… we don’t need him anyway… bye2 lah!

  • 4. Magga  |  October 16, 2008 at 3:38 pm

    Ah biasalah itu, hidup di alam duniawi penuh dengan godaan kuasa dan wang. Tak salah. Dengan adanya kuasa dan wang macam macam boleh buat. Tulah kalau minda sudah corrupted, habislah, tutur kata, fikiran, dan tindak tanduk semuanya korup.

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


RENUNGAN

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)

VISITOR’S ONLINE

page counter

BILANGAN PELAWAT

  • 17,857 hits

POST TERDAHULU