MCA tekan Umno sampai tersembam?…malaysiakini

October 17, 2008 at 3:30 pm 2 comments

Hari ini Umno terus ditekan oleh rakan parti komponen dalam BN. Ketua Pemuda MCA Liow Tiong lai menggesa diwujudkan 2 jawatan Timbalan pengerusi BN. Satu diberikan kepada MCA.

Katanya struktur BN perlu diubah, bukan hanya didominasi oleh UMNO dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Pemuda, Setiausaha dan lain2 jawatan.

Kata Liow lagi jawatan tertinggi lain boleh dibuka kepada pemimpin parti komponen yang lain, bukan didominasi oleh Umno saja.

Gesaan itu dibuat dihadapan Ketua pemuda Umno / BN. Entah apa komen Hisham keris selepas ini. Menghunus keris membantah atau tak terkata2?

Gesaan untuk merubah struktur BN yang didomonasi Umno turut disokong oleh Timbalan Presiden MCA, Chan Kong Choy ketika mengulas gesaan Liow itu.

Beliau berkata tidak ada peraturan muktamad dalam BN bahawa pengerus dan Timbalan pengerusi 13 parti mestilah dipegang oleh Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Nampaknya Umno makin tertekan, parti2 komponen dan rakan2 mereka dalam BN mula mempertikaikan kedudukan Umno dalam BN. Gerakan berura2 keluar BN. SAPP dah keluar.

Beginilah akibatnya bila perikatan BN dibuat atas dasar kaum. Bila Umno dilihat lemah, maka rakan lain cuba memijak kepala. Kelemahan Umno terbukti apabila Najib terpaksa minta maaf pada kaum Cina ketika PRK Permatang Pauh dulu. Terpaksa merelakan diri tunduk. Minta maaf bagi pihak anak buah yang degil.

Umno makin tertekan dan makin ditekan, oleh kawan2 dan apatah lagi oleh lawan. Pening Najib memikirkannya. Apa agaknya tindakan Najib dalam hal ini?

Tunggguuuuuuu……

baca lanjut di http://www.malaysiakini.com/news/91433

Entry filed under: Uncategorized.

Hujung minggu menyesakkan nafas Khairy Jamaludin…malaysiakini Rehlah ke Masjid Pulau Melaka

2 Comments Add your own

  • 1. Palaniappan  |  October 17, 2008 at 6:04 pm

    MCA hanya pandai melaung-laung ki kalangan ahli-ahli mereka sahaja. Bila berdepan dengan UMNO mereka menjadi kecut. Banyak issue yang penting dibahaskan di Parlimen tapi sehingga ini MCA belum menyuarakan pendapat mereka. Sanggupkah mereka bertentangan pendapat dengan BN (UMNO)? Biar MCA mimpi sampai mereka terkubur.

  • 2. TarafAGONG  |  October 17, 2008 at 6:05 pm

    PARTI PERKAUMAN SEPERTI ARMNO SEPATUTNYA TELAH DIHAPUSKAN DIMALAYSIA PADA PRU 12 DULU….TAPI TAK APA….RAKYAT TELAH BERTEKAD DAN BERAZAM UTK KUBURKAN PARTI LAHANAT INI PADA PRU13 NANTI…..PARTI YG BYK MENGAMALKAN DASAR MAKAN DUIT……PERWAKILAN DARI KOTA MELAKA DIBERI SALAM KERUK RM500 AGAR MENCALONKAN SI KETAM UTK JADI TIM PRESIDEN….JAWABNYA NANTI MGR PUN DIBERI DATUK?????

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


RENUNGAN

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)

VISITOR’S ONLINE

page counter

BILANGAN PELAWAT

  • 17,858 hits

POST TERDAHULU