Rehlah ke Masjid Pulau Melaka

October 27, 2008 at 2:31 pm Leave a comment

Malam Jumaat yang lepas kira2 jam lebih kurang 9.45 malam, rombongan kami seramai 6 orang bertolak dari Pekan ke Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

Misi utama, bersolat Subuh bersama2 jemaah Masjid Pulau Melaka berimamkan Tuan Guru Nik Aziz. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan tiba di Masjid Pulau Melaka kira jam 4.00 pagi. Sampai di sana, kami memasuki masjid dan solat sunat tahiyyatul masjid. Bagi merehatkan badan yang agak kepenatan, saya berbaring sekejap dalam masjid dengan harapan dapat melelapkan mata. Namun mata tidak mahu lena juga. Kami menunggu masuknya waktu Subuh.

Ketika meninjau2 perkarangan masjid dan rumah Tuan Guru dinihari itu, tidak kelihatan pengawal yang berkawal di situ. Malahan rumah Tuan Guru juga tidak berpagar. Subhanallah…

Dalam hati masih tertanya2 adakah Tuan Guru akan berjemaah bersama kami Subuh itu? Atau Tuan Guru outstation?

Akhirnya muazzin melaungkan azan Subuh. Tuan Guru masih belum kelihatan. Kami solat sunat Subuh 2 rakaat. Muazzin bangun iqamah, tapi kelibat Tuan Guru masih belum kelihatan. Habis iqamah, Tuan Guru muncul di atas sejadah IMAM. Alhamdulillah kami dapat bersolat subuh bersama Tuan Guru Nik Aziz.

Pagi Jumaat yang hening itu, Tuan Guru membacakan surah Al-Sajdah. Selesai solat, berwirid dan tasbih al-Ma’thurat. Tuan Guru menyampaikan sedikit tazkirah kepada jemaah mengulas sepotong ayat daripada surah al-Sajdah.

Saya sempat berpaling ke belakang (saya solat di saf kedua), masyaAllah…ramainya jemaah Subuh di Masjid Tok Guru. Boleh dikatakan penuh masjid dengan jemaah. Tidak kelihatan sesiapa pun berganjak dari mendengar tazkirah Tuan guru.

Selesai tazkirah kira2 lebih 20 orang bayi menunggu untuk di “cukur jambul” @ “belah mulut” (kata orang Teganu) oleh Tuan Guru. Antaranya ada yang datang dari Perak dan Terengganu.

Selepas itu Tuan Guru menjemput jemaah yang hadir menikmati sedikit jamuan “nasi berlauk” yang disediakan di perkarangan rumah Tuan Guru. Memang terasa rezeki kami pagi itu untuk bertemu Tuan Guru dan menjamah sedikit hidangan di rumah Tuan Guru.

Kira2 jam 7.30 pagi kami meninggalkan masjid Pulau Melaka untuk ke rumah saudara saya bagi menyegarkan diri (mandi) sebelum bertolak ke Kota Bharu kira2 jam 8.30 pagi.

Tujuan kami untuk mengikuti kuliah Jumaat di perkarangan Pejabat PAS Kelantan. Pada mulanya kami menjangkakan kemungkinan Tuan Guru tidak dapat memberikan kuliah pagi itu berikutan ketika bertemu beliau Subuh tadi, beliau kelihatan agak kurang sihat.

Bagaimanapun kira2 jam 9.30 pagi kedengaran suara Tuan Guru menyampaikan kuliah beliau. Alhamdulillah, sekali lagi kami berpeluang mendengar tazkirah dari Tuan Guru MB Kelantan. Kira2 jam 10.00 pagi, Tuan Guru menamatkan kuliah beliau. Orang ramai berpusu2 mengerumuni Tuan Guru sebelum Tuan Guru menaiki kenderaan keluar dari tempat tersebut.

Sebelum pulang, kami mengambil kesempatan membeli sedikit ole-ole untuk di bawa pulang ke Pekan. Kami meninggalkan Kota Bharu kira2 jam 12.00 tengahari.

Singgah solat Jumaat di Masjid Kg Tembila. Solat Asar kami singgah di Masjid Marang yang tersergam indah. Ketika kami sampai, solat Asar baru dimulakan. Masjid ini sungguh indah, lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti dewan, bilik jenazah dan sebagainya. Dewan solat di bahagian atas. Luas sungguh masjid ini, tapi sayang jemaah Asarnya hanyalah 16 orang (termasuk kami seramai 6 orang).

Seterusnya solat Maghrib & Isyak (solat Jama’ Taqdim) kami singgah di Masjid Geliga Kemaman. Ramai juga musafir yang singgah solat. Selesai solat kami terdengar suara Ustaz menyampaikan  kuliah Maghrib. Tapi sayang sekali, masjid yang sebegini besar kuliah maghribnya hanya diikuti oleh 3 orang jemaah (seorang dipenjuru kanan, 2 lagi dipenjuru kiri). Sedih benar saya melihat situasi ini.

Inikah yang dibanggakan kerajaan Terengganu dengan banyaknya masjid yang dibina? Jemaahnya mana? “Jauh panggang dari api” apabila dibandingkan Masjid Tuan Guru dan kebanyakan masjid2 di Kelantan dari segi jemaahnya dengan masjid Hadahri ini. Subuh di masjid Tuan Guru, penuh dengan jemaah tapi jemaah Asar dan Maghrib di masjid Hadhari, beberapa orang sahaja.

Kami cuba membayangkan jika MB Terenganu / MB Pahang menjadi imam dan menyampaikan kuliah subuh. Kan bagus.

Demikian sedikit catatan perjalanan Rehlah kami dari Pekan ke Pulau Melaka, Kelantan. Kesimpulannya “MISSION ACCOMPLISH”. Kami dapat bertemu Tuan Guru Nik Aziz, bersalam dengannya dan sejuk rasa hati melihat wajah Tok Guru yang jernih, bersih. Wajah seorang pemimpin, ulama’ terbilang.

Entry filed under: Uncategorized.

MCA tekan Umno sampai tersembam?…malaysiakini Tak boleh turun mendadak, rugikan pengusaha stesen minyak…malaysiakini

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


RENUNGAN

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)

VISITOR’S ONLINE

page counter

BILANGAN PELAWAT

  • 17,858 hits

POST TERDAHULU