Tak boleh turun mendadak, rugikan pengusaha stesen minyak…malaysiakini

October 27, 2008 at 2:47 pm 6 comments

Shahrir Samad kata penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen.
    
Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.

“Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan penguasaha stesen minyak di seluruh negara,” katanya sebagaimana dilaporkan di  http://www.malaysiakini.com/news/91937 

Marah sungguh rasanya bila baca kenyataan Menteri Bn ini. Bila tiba bab nak turunkan harga minyak, tak boleh turun secara mendadak, takut menjejaskan pengusaha stesen minyak.

Bila naikkan harga secara mendadak RM 0.78 tak fikir langsung pasal menjejaskan rakyat. Maka minyak dinaikkan harganya sebegitu tinggi. Kesannya..tak payah ceritalah. Sampai sekarang tiada harga barang yang turun. Apakah ketika kenaikan 78 sen dulu, pengusaha stesen minyak tak kaut keuntungan berlipat kali ganda?

Apakah menteri ini di taja oleh pengusaha2 stesen minyak? Apakah menteri ini telah disuap oleh pengusaha stesen minyak? Kenapa nak jaga sangat pengusaha stesen minyak? Kenapa bimbang mereka ini rugi? Apakah menteri BN sekarang adalah menteri kelompok tertentu seperti pengusaha stesen minyak? Bukan lagi menteri rakyat?

Sudah jelas, terang lagi bersuluh. menteri BN adalah menteri yang hanya jaga kepentingan kroni BN sahaja. Rakyat?

Entry filed under: Uncategorized.

Rehlah ke Masjid Pulau Melaka Kecoh betullah Umno ni…malaysiakini

6 Comments Add your own

  • 1. Ali Jantan  |  October 27, 2008 at 3:14 pm

    Aduh!!! Pening la aku……

  • 2. sarawak  |  October 27, 2008 at 3:58 pm

    Menteri itu memang tak berotak, berapa jumlah stesen minyak di malaysia kalau dibandingkan dengan jumlah pengguna minyak di malaysia.Pergi mampos semua orang-orang BN , Tak guna.Kami rakyat Malaysia akan balas kejahatan anda dalam Pilihanraya yang akan datang.Jangan biarkan rakyat membenci kerajaan.Menteri tak guna.Bodoh!!!!!

  • 3. zackKlang  |  October 27, 2008 at 4:38 pm

    MEMANG DASAR MENTERI BE -END DASAR LINTAH DARAT DAN DRACULA……..MASA NAIK SEMUA PENGUSAHA STESYEN DI UTAMAKAN ( BE – END ADA SHARE SBB RAMAI DARI MEREKA ADALAH PENGUSAHA STESYEN MINYAK PUN)….RAKYAT DI TINDAS………..!!!!!!!!! BILA NAK TURUN KENAPA RAKYAT MAKIN DI TINDAS …….?????????DASAR KERAJAAN FIRAUN AYOOOH RAKYAT GUNAKAN KUASA KAMU UNTUK ROBOHKAN BE-END PADA PRU AKAN DATANG,,,,BERKEMPENLAH DR SEKARANG!!!!!!!!!!

  • 4. juelly  |  October 27, 2008 at 4:44 pm

    menteri ini miunkin seorang peusahastesen minyak, buan satu bukan dua tapi 30

  • 5. Scorpion  |  October 27, 2008 at 5:41 pm

    Kebanyakkan pengusaha2 stesen petrol adalah orang2 yang berkepenitngan dalam UMNO, maka Dato Sharir lebih mengutamakan mereka daripada rakyat. “Rakyat rugi tak apa, jangan ahli UMNO”. Apakah rakyat terlalu lemah dalam menunut hak pengguna?

  • 6. YB Bukan BN  |  October 28, 2008 at 10:29 am

    Harga minyak per barrel as of 10am 28-Oct-2008 Malaysia Time: US $62.30
    Kadar tukaran asing US $ 1 = RM 3.60
    Harga per barrel in RM = 3.6 * 62.30 = RM224.28

    1 barrel = 159 liter petroleum

    Maka, harga 1 liter minyak petroleum sepatutnya = RM 224.28 /159
    = RM1.41

    Komisen stesen minyak = 12.19 sen

    Maka, sepatutnya harga minyak = RM1.41 + RM0.1219
    = RM 1.5319

    Sekarang kita bayar RM 2.30

    So, ke mana hilangnya 76.81 sen seliter??? Adakah rakyat pula yang kena “subsidi” kerajaan?

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


RENUNGAN

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)

VISITOR’S ONLINE

page counter

BILANGAN PELAWAT

  • 17,857 hits

POST TERDAHULU