Bila harga petrol nak turun lagi?…malaysiakini

Ketika posting ini ditulis, harga minyak mentah per barrel adalah USD57.93. Ketika minyak dinaikkan dulu daripada RM1.98 harga minyak mentah per barrel adalah lingkungan USD120.

Sekarang harganya telah pun turun melebihi 50% tetapi harga petrol di Malaysia yang dijual kepada rakyat masih tinggi. Walaupun beberapa kali penurunan telah dibuat, tapi harga yang telah diturunkan masih tinggi berbanding harga minyak dunia.

Harga minyak sekarang sepatutnya kurang dari RM1.50 seliter, tapi kita masih bayar harga yang tinggi. Semuanya kerana Menteri2 kita yang nak jaga perut sendiri, perlu jaga perut pengusaha stesen minyak, takut mereka rugi. Rakyat rugi tak pe.

Apa menteri2 kita buat? Siapa menteri dan MP yang sebutkan pasal penurunan harga minyak di Dewan Rakyat sekarang? Tak de…

Apa menteri buat? Apa MP buat? Mana mereka pergi? Semuanya sibuk kempen UMno. Politik wang, rasuah politik, lobi sana sini. Kerja untuk rakyat? Tak buat.

Menteri hampeh…..

November 14, 2008 at 5:38 pm Leave a comment

Apa kena mengena FATWA dengan bukan Islam?…malaysiakini

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengenai Tomboy/Pengkid. 

PERINGATAN : Fatwa dan Majlis Fatwa adalah untuk orang Islam, tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.

Jadi kenapa NGO bukan Islam buat tunjuk perasaan, buat demonstrasi bantah Fatwa untuk orang Islam? Apa ke jadah nye ni? Ini urusan agama Islam, kenapa nak campur?

Kalau NGO tersebut nak bantah sangat, masuk Islam dulu. Belajar ajaran Islam betul-betul. Fahami agama Islam dengan baik. Jika tidak, jangan sekali2 nak campur urusan orang Islam.

Jangan jadikan orang Islam pula biadap dengan agama anda. Jangan nanti ada demo bantah kenapa agama Hindu tak benarkan penganutnya makan daging lembu.

Ingat jangan campur urusan agama Islam, jika anda :

a) Bukan orang Islam

b) tidak faham ajaran Islam

c) lebih2 lagi jika anda sengaja cuba mencurahkan api kepada hubungan harmoni antara kaum dan agama di Malaysia ini.

Kepada orang Islam sendiri yang bantah fatwa ini (atau pa saja hukum Islam yang telah jelas), bertaubatlah. Jika anda tidak faham. Belajar, dalami agama anda. Jangan jadi munafik. Jangan sampai akidah terkeluar dari Islam.

November 13, 2008 at 12:42 pm 3 comments

Budak Tingkat Empat Najib…malaysiakini

Dr Mahathir dalam blognya membayangkan Najib juga mempunyai penasihat2 muda dari tingkat 4. Beliau menasihatkan Najib supaya berhati2 dengan mereka ini. Beliau bimbang jika najib benar2 dibayangi “budak tingkat empat”.

“Saya diberitahu Najib juga mempunyai penasihat muda yang amat berpengaruh terhadapnya” kata Mahathir sebagaimana dilaporkan oleh www.malaysiakini.com/news/92136 yang dipetik dari blog Mahathir chedet.com.

“Mereka ini mempunyai hubungan rapat dengan menantu Abdullah & tingkat 4, bahkan mereka adalah dari kumpulan yang sama” kata Mahathir.

Mahathirbimbang jika pengaruh kumpulan penasihat muda Najib ini mempunyai kepentingan perniagaan sebagaimana ECM-Libra (Khairy J)

“Apakah Ethos Capital yang juga terlibat dengan tingkat 4 akan menjadi seperti ECM-Libra?”

“Mereka amat berminat untuk dapat sebahagian dari tabung KWSP yang sekarang berjumlah RM300 billion untuk mereka urus pelaburannya, kononnya dengan pulangan 40%” kata Mahathir.

“Najib harus berhati2 supaya pisang tidak berbuah dua kali”.

Namun apakah nasihat Mahathir ini berkaitan dengan kelulusan Najib untuk menggunakan RM5 bilion duit KWSP untuk menyelamatkan ValueCap Sdn. Bhd? Apakah nasihat Mahathir ini sudah agak terlambat buat Najib?

Baru2 ini Najib meluluskan RM5 bilion duit KWSP untuk disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn Bhd. Tujuan duit KWSP ini digunakan kononnya untuk menaikkan nilai2 saham syarikat yang dianggap jatuh nilai.

Nilai saham syarikat yang sahamnya tidak mahu dibeli orang itu, mungkin akan naik seketika ketika suntikan modal 5 bilion itu dibuat. Tapi akhirnya ia akan jatuh semula kerana siapa mahu beli lagi? Orang dah ambil untuk, lepas tu jual balik.

Apakah Ethos Capital yang dirisaukan oleh Mahathir mempunyai kepentingan dalam ValueCap? Siapa tahu? Mungkin juga. Atau mungkin juga 5 bilion itu untuk orang lain yang lebih dekat dengan Najib?

Jika betul ada hubungan dengan Ethos Capital, maknanya budak tingkat 4 Najib sudah mula bertindak untuk ambil duit KWSP sebagaimana yang didakwa Mahathir?

Apapun, sebagai pencarum KWSP, saya tidak redha duit saya digunakan dengan sewenang2nya oleh kerajaan untuk bail-out syarikat yang hampir muflis.

Apa untung pencarum KWSP? Apakah dengan meminjamkan 5 bilion, KWSP akan untuk berlipat kali ganda hingga membolehkan dividen KWSP dinaikkan hingga 20 – 30 peratus? Sori sikit….. entah2 dividen makin turun tahun ini.

October 31, 2008 at 10:48 am 1 comment

Kecoh betullah Umno ni…malaysiakini

Akhir2 ini banyak sekali kekecohan yang ditimbulkan oleh parti bernama Umno ni. Dari kes rasuah dan politik wang untuk mendapatkan pencalonan, kekecohan dan pergaduhan ketika mesyuarat cawangan / bahagian, kecoh pasal mesyuarat tak sah.

Memang kecoh betullah Umno ni. Perebutan jawatan dari ketua cawangan sampai ke kerusi Presiden. Yang nak naik didakwa menabur wang untuk mendapatkan sokongan. Yang belum cukup pencalonan mendakwa tak dapat pencalonan sebab tak tabur wang.

Kecoh betul. Sekarang pulak kecoh pasal debat antara calon yang nak bertanding. Ada yang setuju, ada juga yang tak mahu. Ada yang sokong, ada juga yang halang. Bimbang rahsia parti terbongkar. Memang kecoh giler.  Mesyuarat umno kat kota tinggi pun kecoh juga di www.malaysiakini.com/news/91967

Berebut jawatan hinggakan bergaduh dan berlawan cakap di media. Tuduh menuduh, kata mengata sesama mereka. Kecoh sungguh. Puncanya kerana nak dapatkan jawatan. Dari dulu, kini dan ….. memang beginilah perangai dan budaya Umno. Berebut pangkat dan jawatan. Kalau mereka ni belajar agama Islam, tentang tanggungjawab seorang pemimpin dan pertanggungjawabannya di akhirat kelak, tentu mereka takkan berebut2 dan kecoh begini.

Kecoh betullah Umno ni….  Nampak sangat parti ni dah hampir nak pupus. Karam, tenggelam.

October 30, 2008 at 12:50 pm Leave a comment

Tak boleh turun mendadak, rugikan pengusaha stesen minyak…malaysiakini

Shahrir Samad kata penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen.
    
Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.

“Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan penguasaha stesen minyak di seluruh negara,” katanya sebagaimana dilaporkan di  http://www.malaysiakini.com/news/91937 

Marah sungguh rasanya bila baca kenyataan Menteri Bn ini. Bila tiba bab nak turunkan harga minyak, tak boleh turun secara mendadak, takut menjejaskan pengusaha stesen minyak.

Bila naikkan harga secara mendadak RM 0.78 tak fikir langsung pasal menjejaskan rakyat. Maka minyak dinaikkan harganya sebegitu tinggi. Kesannya..tak payah ceritalah. Sampai sekarang tiada harga barang yang turun. Apakah ketika kenaikan 78 sen dulu, pengusaha stesen minyak tak kaut keuntungan berlipat kali ganda?

Apakah menteri ini di taja oleh pengusaha2 stesen minyak? Apakah menteri ini telah disuap oleh pengusaha stesen minyak? Kenapa nak jaga sangat pengusaha stesen minyak? Kenapa bimbang mereka ini rugi? Apakah menteri BN sekarang adalah menteri kelompok tertentu seperti pengusaha stesen minyak? Bukan lagi menteri rakyat?

Sudah jelas, terang lagi bersuluh. menteri BN adalah menteri yang hanya jaga kepentingan kroni BN sahaja. Rakyat?

October 27, 2008 at 2:47 pm 6 comments

Rehlah ke Masjid Pulau Melaka

Malam Jumaat yang lepas kira2 jam lebih kurang 9.45 malam, rombongan kami seramai 6 orang bertolak dari Pekan ke Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

Misi utama, bersolat Subuh bersama2 jemaah Masjid Pulau Melaka berimamkan Tuan Guru Nik Aziz. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan tiba di Masjid Pulau Melaka kira jam 4.00 pagi. Sampai di sana, kami memasuki masjid dan solat sunat tahiyyatul masjid. Bagi merehatkan badan yang agak kepenatan, saya berbaring sekejap dalam masjid dengan harapan dapat melelapkan mata. Namun mata tidak mahu lena juga. Kami menunggu masuknya waktu Subuh.

Ketika meninjau2 perkarangan masjid dan rumah Tuan Guru dinihari itu, tidak kelihatan pengawal yang berkawal di situ. Malahan rumah Tuan Guru juga tidak berpagar. Subhanallah…

Dalam hati masih tertanya2 adakah Tuan Guru akan berjemaah bersama kami Subuh itu? Atau Tuan Guru outstation?

Akhirnya muazzin melaungkan azan Subuh. Tuan Guru masih belum kelihatan. Kami solat sunat Subuh 2 rakaat. Muazzin bangun iqamah, tapi kelibat Tuan Guru masih belum kelihatan. Habis iqamah, Tuan Guru muncul di atas sejadah IMAM. Alhamdulillah kami dapat bersolat subuh bersama Tuan Guru Nik Aziz.

Pagi Jumaat yang hening itu, Tuan Guru membacakan surah Al-Sajdah. Selesai solat, berwirid dan tasbih al-Ma’thurat. Tuan Guru menyampaikan sedikit tazkirah kepada jemaah mengulas sepotong ayat daripada surah al-Sajdah.

Saya sempat berpaling ke belakang (saya solat di saf kedua), masyaAllah…ramainya jemaah Subuh di Masjid Tok Guru. Boleh dikatakan penuh masjid dengan jemaah. Tidak kelihatan sesiapa pun berganjak dari mendengar tazkirah Tuan guru.

Selesai tazkirah kira2 lebih 20 orang bayi menunggu untuk di “cukur jambul” @ “belah mulut” (kata orang Teganu) oleh Tuan Guru. Antaranya ada yang datang dari Perak dan Terengganu.

Selepas itu Tuan Guru menjemput jemaah yang hadir menikmati sedikit jamuan “nasi berlauk” yang disediakan di perkarangan rumah Tuan Guru. Memang terasa rezeki kami pagi itu untuk bertemu Tuan Guru dan menjamah sedikit hidangan di rumah Tuan Guru.

Kira2 jam 7.30 pagi kami meninggalkan masjid Pulau Melaka untuk ke rumah saudara saya bagi menyegarkan diri (mandi) sebelum bertolak ke Kota Bharu kira2 jam 8.30 pagi.

Tujuan kami untuk mengikuti kuliah Jumaat di perkarangan Pejabat PAS Kelantan. Pada mulanya kami menjangkakan kemungkinan Tuan Guru tidak dapat memberikan kuliah pagi itu berikutan ketika bertemu beliau Subuh tadi, beliau kelihatan agak kurang sihat.

Bagaimanapun kira2 jam 9.30 pagi kedengaran suara Tuan Guru menyampaikan kuliah beliau. Alhamdulillah, sekali lagi kami berpeluang mendengar tazkirah dari Tuan Guru MB Kelantan. Kira2 jam 10.00 pagi, Tuan Guru menamatkan kuliah beliau. Orang ramai berpusu2 mengerumuni Tuan Guru sebelum Tuan Guru menaiki kenderaan keluar dari tempat tersebut.

Sebelum pulang, kami mengambil kesempatan membeli sedikit ole-ole untuk di bawa pulang ke Pekan. Kami meninggalkan Kota Bharu kira2 jam 12.00 tengahari.

Singgah solat Jumaat di Masjid Kg Tembila. Solat Asar kami singgah di Masjid Marang yang tersergam indah. Ketika kami sampai, solat Asar baru dimulakan. Masjid ini sungguh indah, lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti dewan, bilik jenazah dan sebagainya. Dewan solat di bahagian atas. Luas sungguh masjid ini, tapi sayang jemaah Asarnya hanyalah 16 orang (termasuk kami seramai 6 orang).

Seterusnya solat Maghrib & Isyak (solat Jama’ Taqdim) kami singgah di Masjid Geliga Kemaman. Ramai juga musafir yang singgah solat. Selesai solat kami terdengar suara Ustaz menyampaikan  kuliah Maghrib. Tapi sayang sekali, masjid yang sebegini besar kuliah maghribnya hanya diikuti oleh 3 orang jemaah (seorang dipenjuru kanan, 2 lagi dipenjuru kiri). Sedih benar saya melihat situasi ini.

Inikah yang dibanggakan kerajaan Terengganu dengan banyaknya masjid yang dibina? Jemaahnya mana? “Jauh panggang dari api” apabila dibandingkan Masjid Tuan Guru dan kebanyakan masjid2 di Kelantan dari segi jemaahnya dengan masjid Hadahri ini. Subuh di masjid Tuan Guru, penuh dengan jemaah tapi jemaah Asar dan Maghrib di masjid Hadhari, beberapa orang sahaja.

Kami cuba membayangkan jika MB Terenganu / MB Pahang menjadi imam dan menyampaikan kuliah subuh. Kan bagus.

Demikian sedikit catatan perjalanan Rehlah kami dari Pekan ke Pulau Melaka, Kelantan. Kesimpulannya “MISSION ACCOMPLISH”. Kami dapat bertemu Tuan Guru Nik Aziz, bersalam dengannya dan sejuk rasa hati melihat wajah Tok Guru yang jernih, bersih. Wajah seorang pemimpin, ulama’ terbilang.

October 27, 2008 at 2:31 pm Leave a comment

MCA tekan Umno sampai tersembam?…malaysiakini

Hari ini Umno terus ditekan oleh rakan parti komponen dalam BN. Ketua Pemuda MCA Liow Tiong lai menggesa diwujudkan 2 jawatan Timbalan pengerusi BN. Satu diberikan kepada MCA.

Katanya struktur BN perlu diubah, bukan hanya didominasi oleh UMNO dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Pemuda, Setiausaha dan lain2 jawatan.

Kata Liow lagi jawatan tertinggi lain boleh dibuka kepada pemimpin parti komponen yang lain, bukan didominasi oleh Umno saja.

Gesaan itu dibuat dihadapan Ketua pemuda Umno / BN. Entah apa komen Hisham keris selepas ini. Menghunus keris membantah atau tak terkata2?

Gesaan untuk merubah struktur BN yang didomonasi Umno turut disokong oleh Timbalan Presiden MCA, Chan Kong Choy ketika mengulas gesaan Liow itu.

Beliau berkata tidak ada peraturan muktamad dalam BN bahawa pengerus dan Timbalan pengerusi 13 parti mestilah dipegang oleh Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Nampaknya Umno makin tertekan, parti2 komponen dan rakan2 mereka dalam BN mula mempertikaikan kedudukan Umno dalam BN. Gerakan berura2 keluar BN. SAPP dah keluar.

Beginilah akibatnya bila perikatan BN dibuat atas dasar kaum. Bila Umno dilihat lemah, maka rakan lain cuba memijak kepala. Kelemahan Umno terbukti apabila Najib terpaksa minta maaf pada kaum Cina ketika PRK Permatang Pauh dulu. Terpaksa merelakan diri tunduk. Minta maaf bagi pihak anak buah yang degil.

Umno makin tertekan dan makin ditekan, oleh kawan2 dan apatah lagi oleh lawan. Pening Najib memikirkannya. Apa agaknya tindakan Najib dalam hal ini?

Tunggguuuuuuu……

baca lanjut di http://www.malaysiakini.com/news/91433

October 17, 2008 at 3:30 pm 2 comments

Hujung minggu menyesakkan nafas Khairy Jamaludin…malaysiakini

Hujung minggu ini merupakan waktu yang menyiksakan bagi KJ simenantu Pak Lah. Bahagian2 Pemuda UMNO akan menyambung mesyuarat mereka dan akan membuat keputusan untuk mencalonkan siapa sebagai calon Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Apakah KJ akan melepasi kuota pencalonan minggu ini? Mampukah KJ mengejar Mukhriz? Itulah yang menyebabkan KJ amat tension sekarang ini. Berdebar2 dan sesak nafas KJ. Adakah dia kan tersenyum lebar minggu ini kerana melepasi kuota? Atau jatuh terduduk kerana belum melepasi kouta?

Mukhriz sudah boleh mengatur strategi untuk menang dalam pemilihan Mac nanti. Tapi Kj masih terkial2 berusaha melepasi kuota.

Kalau tak lepas kuota lagi minggu ini, malu besar akan ditanggung KJ. Adakah beliau akan di boooo lagi? Atau beliau akan diangkat tinggi?

Apa pun tentunya KJ dan kuncu2nya akan berusaha gigih mendapatkan pencalonan. Kalau ikutkan tradisi UMNo, sudah tentu banyak wang akan ditaburkan sana-sini oleh KJ dan kuncunya. Apa nak heran?

Mukhriz pun dituduh menabur wang. Khir Toyo pun dituduh menabur wang. Inikan pula si KJ.  Bukankah sudah tradisi Umno menabur wang untuk dapat undi. Sama ada dalam PRU, PRk atau pemilihan Umno. Biasalah tu… orang Umno, tak ada duit tak ada undi. Sekarang emalbur dulu, bila dah menang nanti, dapat jawatan, dapat kuasa, kautlah keuntungannya semula, tak kiralah harta dan hak rakyat, semua bedal. Itulah tradisi membela melayau orang Umno.

Minggu ini memang menyesakkan nafas KJ si menantu. Pak Lah pun tentu sama2 tension. Malu juga Pak Lah kalau KJ tak lepas kuota pencalonan. Nampak sangat orang Umno betul2 tolak Pak Lah.

baca lanjut di www.malaysiakini/news/91378

October 17, 2008 at 8:58 am 1 comment

Anggota Kabinet BN mula jauhi Pak Lah…malaysiakini

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom menyelar segelintir anggota Kabinet yang didakwa mula menjauhkan diri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan pengumuman tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno. Demikian laporan mStar di sini 

Johari berkata, beliau pernah melalui pengalaman yang sama ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara pada Oktober 2003.

“Saya telah melalui semua ini ketika Dr Mahathir bersara dahulu. “Saya adalah bekas setiausaha politik beliau dan saya lihat ini berlaku. Dan segala yang dilalui Dr Mahathir itu, Pak Lah akan lalui juga,” katanya pada penutup Program Semangat Kemerdekaan anjuran Biro Tata Negara di Akademi Kenegaraan di sini, hari ini.

Johari berkata, sepatutnya semua pihak, terutama ahli-ahli Kabinet wajar terus menghormati Abdullah walaupun beliau telah mengumumkan tempoh persaraannya kerana beliau tetap Perdana Menteri sehingga hari terakhir.

“Tetapi saya lihat kini ada pihak yang mula melarikan diri dari Pak Lah pada saat-saat akhir khidmat beliau,” tambahnya.

Saya tidak hairan perkara ini berlaku kepada PM Dolah. Pemimpin2 dan ahli2 UMNO dan BN yang mengelilingi dan menyokong beliau sebelum ini adalah kerana mereka berkehendakkan sesuatu daripada “JAWATAN” PM Dolah.

Ketika PM Dolah berkuasa mereka boleh dapat bermacam habuan dari PM jika dilihat menyokong dan sentiasa di sisi PM Dolah. Sekarang setelah PM Dolah umumkan tidak akan pertahankan jawatan Presiden Umno, apa lagi yang Pak Lah boleh beri kepada mereka? Tentulah mereka ini akan cari tempat bergantung yang lain. Tempat kukuh bergantung sekarang adalah Najib. Tentulah mereka akan mengerumuni Najib.

Bimbang juga jika Najib jadi Presiden Umno dan PM nanti, mereka ini akan digugurkan pula. Jadi kenalah bertindak dari sekarang, tunjukkan sokongan pada Najib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Sebab itulah sehingga kini Khairy si menantu masih terkial2 dapatkan kuota pencalonan Ketua Pemuda, Pak mertua dah tak berkuasa. Buat apa nak sokong KJ lagi? Sekarang Mukhriz calon favourite Ketua Pemuda, kuasai 7 negeri. KJ? Tengah risau dan sasau. http://www.malaysiakini.com/news/91286

Memang itulah pun tujuan politik orang Umno, cari kedudukan dan kekayaan. Siapa yang boleh beri kedudukan dan kekayaan akan didekati dan diangkat. Yang dah nampak tak berguna lagi macam Pak Lah, buat apa lagi nak dekat2. Bimbang juga nanti Najib cop, mereka ini orang Pak Lah. Tak pasal2 diketepikan pula nanti. Tertutup lubuk kuasa, kedudukan dan lubuk emas.

Kalau dah Umno tu… begitulah perangainya. Bukannya macam orang Islam sejati ” Bertemu, berpisah, hanya kerana ALLAH” Kalau ini yang diamalkan oleh orang Umno, nescaya Pak Lah tetap akan dihormati walaupun selepas tiada kuasa lagi. Tapi apa nak buat Pak Lah, perangai orang Umno memang buruk…… ada laba ikut, tak ada laba, kirim salam nak ikut…

October 16, 2008 at 12:21 pm 4 comments

Menarik hari ini…malaysiakini

1. PAS beralih angin – kini yakin “16 Sept”

PAS akhirnya yakin sepenuhnya dengan “projek 16 September” Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menghantar lima pemimpin berprofil tinggi parti itu menyertai mesyuarat pembentukan kerajaan baru dengan PKR dan DAP.

Keputusan biro politik parti itu minggu lalu telah pun direstui  mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu bersama ahli-ahli parlimennya kelmarin.

Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin kanan yang diberikan mandat untuk mengetuai delegasi parti itu termasuklah timbalannya Nasharudin Mat Isa, dua naib presiden Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu serta setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaffar.
baca lanjut di http://www.malaysiakini.com/news/91255

2. Siasat Najib kes SMS isu Altantuya

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa timbalan perdana menteri disiasat berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasanya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Desakan terhadap Datuk Seri Najib Razak itu berbangkit lagi selepas pendedahan pertukaran mesej SMS, yang didakwa antara pemimpin Umno itu dengan seorang peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah berhubung pendakwaan terhadap penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam kes itu.
   
“Dakwaan kita terhadap Najib – daripada kes Altantuya, (urusan pembelian) kapal selam dan Eurocopter kepada SMS antara beliau dengan peguam – tidak ada apa-apa jawapan, tiada siasatan dan tiada laporan,” kata Anwar di lobi Parliamen hari ini.

baca lanjut di http://www.malaysiakini.com/news/91234

3. Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah

BELUM pun selesai skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak terpalit dalam satu lagi skandal: kontrak perolehan Eurocopter menggantikan helikopter Nuri.

Merasmikan sesi terakhir penggal pertama Persidangan Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membongkar kecurigaan-kecurigaan serius dalam perolehan helikopter berdaya tinggi ini.

Anwar berkata demikian dengan merujuk kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services, kepada Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Surat tersebut mendedahkan kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter, walhal pembida lain menawarkan helikopter berkeupayaan sama pada nilai yang jauh lebih menjimatkan.

baca lanjut di http://www.sabahdaily.com/2008/10/pembelian-eurocopter-skandal-najib-didedah/

4. GEMPAR : SMS antara Najib & Shafee…??

Gempar Kembali!!! apabila baru-baru ini laman kontroversi Malaysia-today menerbitkan mesej perhubungan yang didakwa antara Najib Tun Razak dan Peguam terkenal Datuk Shafee Abdullah, bersabit kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan Abdul Razak Baginda . Dikatakan maklumat ini bocor daripada “Orang dalam” yang berkhidmat di Maxis Communication Bhd.

notes: The text messages were transmitted between Najib’s personal mobile phone (+6012 2143177) and Shafee’s mobile phone (+6012 3257052)

SpN = Shafee pada Najib
NpS = Najib pada Shafee
RB = Razak Baginda

Kita ikuti terjemahanya…..

baca lanjut di http://www.sabahdaily.com/2008/10/sms-antara-najib-shafee/

Berita-berita di atas menarik untuk dibaca. Perlu dihebahkan pada rakyat tentang bakal PM kerajaan Bn itu. Bersihkah beliau? Bagaimana dengan skandal isteri beliau? Adakah Umno dan BN telah memilih pengganti yang lebih baik dari Dolah Badawi? Atau bakal pengganti Dolah Badawi ini lebih buruk dari beliau?

Menarik juga apabila berita pertama iaitu 1. PAS beralih angin – kini yakin “16 Sept” menunjukkan keyakinan PAS tentang pembentukan kerajaan PR yang kini diperingkat akhir dan tidak lama lagi. Apakah ini petanda bahawa mungkin Najib akan kempunan untuk jadi PM? Apakah Rosmah akan gila meroyan bila Najib hanya jadi ketua pembangkang?

Semua kemungkinan boleh berlaku. Apa yang rakyat harapkan adalah kerajaan yang adil, bersih dan prihatin kepada kehidupan rakyat. Apakah Najib boleh diharapkan? Melihat skandal beliau dan isterinya, apakah rakyat yakin Najib akan jadi pemimpin adil, bersih dan prihatin?

October 15, 2008 at 10:50 am Leave a comment

Older Posts


RENUNGAN

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)

VISITOR’S ONLINE

page counter

BILANGAN PELAWAT

  • 17,857 hits

POST TERDAHULU